"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi dikecam, karaoke dengan perempuan di ‘live’ TikTok sampai pukul 2 pagi

WAN SITI AMINAH

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kembali melakukan tindakan yang mengundang kecaman orang ramai, baru-baru ini.

Bukannya bekerja keras menyelesaikan masalah rakyat, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu malah sibuk bersiaran langsung di akaun TikTok miliknya.

Malah menerusi siaran langsung tersebut, Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah itu ‘ralik’ berkaraoke dengan seorang perempuan sehingga pukul 2 pagi.

Perbuatan Sanusi ini bukan sahaja mencemar imejnya sebagai wakil rakyat, tetapi langsung tidak mencerminkan akhlak pemimpin parti yang menjunjung agama Islam.

Mengundang perbincangan hangat di media sosial, tangkap layar yang memaparkan siaran langsung dilakukan Sanusi itu beredar secara meluas di platform X (Twitter).

“Sampai 2 pagi duduk berkaraoke dengan perempuan. Banyaknya masa MB (Menteri Besar), sampai boleh main aplikasi TikTok nyanyi-nyanyi,” kata seorang pengguna X.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan pemimpin yang disifatkan sebagai penunggang agama itu.

Ramai juga individu yang tidak hairan apabila Sanusi berani bertindak sedemikian memandangkan para pengikutnya akan tetap menyokongnya secara membuta tuli.

“Si MB tak payah buat kerja dengan betul. Tahu bohong dan juga memperbodohkan umat-umat kurang berpelajaran, sudah cukup,” kata seorang pengguna.

“Penunggang agama berkaraoke dengan muslimah di tengah-tengah malam buta.” Kongsi pengguna lain yang kurang senang melihat perbuatan tidak senonoh Sanusi.

Memang tidak dinafikan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu dikenali ramai sebagai satu-satunya pemimpin Pas yang cukup aktif di platform media sosial TikTok.

Namun tindakannya yang berkaraoke dengan wanita di pagi buta itu boleh menimbulkan fitnah dan mengundang perspektif negatif kepada pemimpin tersebut.

Tiada ulasan: