"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahathir menyindir atau tersinggung?

HarapanDaily.com

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi menyoal samada gesaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua yang bergelar Tun disiasat merupakan satu sindiran atau tersinggung.

“Apakah Tun Dr Mahathir menyindir SPRM kerana menyita menara Ilham milik Tun Daim. Atau Tun M tersinggung?

“Atau tercabar seolah olah selepas ini giliran beliau pula.

“Tun kata semua itu ikut “rule of law”. Patutlah Tun Dr Mahathir buat cara begitu.

“Ramai jadi mangsa termasuk Najib dan Shahrir Samad. Dakwa dulu, cari bukti kemudian.

Semalam Dr Mahathir menyatakan persetujuan agar semua individu yang memperoleh darjah kehormat Tun turut disiasat sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana mereka memperoleh kekayaan.

Ini, menurut beliau, adalah juga kaedah untuk membanteras rasuah.

Dr Mahathir membuat kenyataan tersebut menerusi media sosial susulan pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa mantan Tun Daim Zainuddin sedang disiasat.

Daim pernah menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Puad turut mengkritik SPRM yang didakwa Puad cenderung untuk dakwa dahulu dan siasat kemudian.

“Kes pengubahan wang haram SRC Najib bertahun tangguh. Tahun hadapan baru mula bicara. Akhirnya kes (mantan ketua Umno bahagian Johor Bahru) Tan Sri Shahrir Samad digugurkan setelah dimalukan.

“Tetapi eloklah SPRM guna dokumen tulin untuk cari bukti, buat siasatan rapi, jangan guna buruk sangka dan arahan dendam untuk mendakwa.”

Tiada ulasan: