"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular gambar kereta baharu didakwa untuk MB, Exco Terengganu

SITI NUR ZAWANI
Tular gambar kereta baharu didakwa untuk MB, Exco Terengganu
Kerajaan Pas Terengganu kembali mengundang pertikaian ramai selepas tular gambar beberapa biji kereta SUV jenis Mazda yang didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco Terengganu.

Gambar yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook itu menunjukkan kereta bernombor pendaftaran negeri Terengganu berjenama Mazda dan Kia.

Berikutan itu seorang pemimpin PKR menggesa agar kerajaan Terengganu tampil menjelaskan dakwaan pembelian kenderaan tersebut yang dilakukan hanya selepas empat bulan Pas menang besar di negeri itu.

Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Kemaman, Ahmad Nadhir Yob berkata, jika benar pembelian itu dilakukan kenapa kerajaan negeri tidak menyiarkan secara rasmi kepada rakyat berhubung pembelian itu.

“Jikalau betul kenapa pembelian dilakukan tidak berapa lama selepas kemenangan besar Pas di dalam PRN baru-baru ini?,” soal Ahmad Nadhir dalam kenyataan sambil berkata, dakwaan tersebut telah menambah koleksi ‘isu isu panas’ dalam kerajaan negeri Terengganu.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan Pas tidak boleh dilihat oleh rakyat dalam keadaan sedang membahagi bahagikan ‘ghanimah’ atau harta peninggalan perang selepas menang PRN dengan dakwaan pembelian kereta terbaharu ini.

Katanya, Menteri Besar Terengganu perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh netizen berhubung isu berkenaan.

“Menteri Besar Terengganu wajib menjawab persoalan ini bagi membuktikan apa yang mereka laungkan sebelum ini bahawa pentadbiran negeri Terengganu adalah bersih dan telus, lebih-lebih lagi MB Terengganu telah dipotretkan sebagai calon Perdana Menteri daripada Pas setelah menang dalam PRK Kemaman

“Persoalan ini jika tidak dijawab, hanya akan memakan diri Pas yang begitu obses untuk menampilkan bahawa parti mereka bersih dan pemimpin mereka cekap mentadbir dan bebas daripada salah guna kuasa, tetapi sering dilingkari dengan kontroversi yang tidak berkesudahan,” katanya.

Sementara itu Bekas Ketua Penerangan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan SUV Mazda bagi memastikan sama ada ia merupakan keperluan mendesak yang menjadi keutamaan buat masa ini.

“Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat mengesahkan namun ia didakwa merupakan kereta baharu untuk ahli Exco.

“Kalau model CX5 harganya bermula RM138,000 hingga RM174,000. Kalau CX8 dari RM185,000 hingga RM200,000 dan ianya lebih murah jika mendapat pelepasan cukai oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Wan Hakim, pembelian kenderaan baharu itu tidak menimbulkan sebarang isu sekiranya ia termaktub dalam Belanjawan 2023

Tiada ulasan: