"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

171 pekerja asing ditahan ketika cuba buat laporan polis

Malaysiakini 
story-imagePegawai Jabatan Imigresen telah menahan 171 pekerja asing dari Bangladesh yang baru-baru ini cuba membuat laporan polis terhadap ejen mereka.

The Star memetik Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora yang hari ini berkata kesemua pekerja itu dibawa masuk secara sah ke Malaysia tetapi ejen mereka masih belum memberikan sebarang kerja kepada mereka, selepas tiga bulan.

“Jadi warga Bangladesh itu memutuskan untuk berjalan kaki ke balai polis Bayu Damai, kira-kira 10km dari tempat penginapan mereka, untuk membuat laporan polis pada 20 Dis,” katanya.

Pada hari yang sama, klip video warga asing itu berjalan bersama di jalan berhampiran pintu masuk Teluk Ramunia Bayu Damai telah dikongsi di media sosial.

Hussin berkata laporan polis kemudiannya dibuat terhadap kumpulan itu.

“Warga asing yang berumur 19 hingga 43 tahun itu kemudiannya ditahan oleh Jabatan Imigresen.

“Mereka ditahan di ibu pejabat jabatan itu di Setia Tropika untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Hussin berkata pekerja terbabit tidak berjaya membuat laporan polis.

Aktivis buruh menyifatkan tindakan sedemikian sebagai eksploitasi terhadap pekerja asing yang sering menjadi warga tanpa dokumen di Malaysia.

Antara persoalan yang dibangkitkan termasuklah bagaimana majikan yang menandatangani kontrak pekerjaan memperoleh kuota untuk mengambil pekerja sekiranya tiada pekerjaan untuk ditawarkan.

Tiada ulasan: