"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki disyaki warga asing menaiki Perodua Axia mencuri beg tangan

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
 
Sungai Petani: Seorang wanita melalui detik cemas apabila beg tangannya dilarikan lelaki tidak dikenali ketika mangsa hendak menutup pagar rumahnya di Taman Desa Meranti, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kerani berusia 48 tahun menyedari kehadiran lelaki itu selepas mendapati sebuah kereta Perodua Axia berhenti di sebelah keretanya.

Beliau berkata, suspek yang disyaki warga asing itu kemudian membuka pintu kereta mangsa dan kemudian mencuri beg tangannya yang diletakkan di bahagian hadapan penumpang kereta mangsa.

"Suspek kemudian terus melarikan diri dari kawasan itu.

"Dalam beg tangan mangsa itu mengandungi dokumen diri, lesen memandu, wang tunai RM300 dan sebuah telefon bimbit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika enjin kereta mangsa masih hidup.

Beliau berkata, semakan juga mendapati kereta Perodua Axia yang digunakan suspek itu didaftarkan atas nama seorang lelaki dan siasatan masih dilakukan.

"Mangsa kemudian menemui semula telefon bimbitnya di kawasan tepi Jalan Pinang Tunggal, di sini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan setakat ini," katanya.

Tiada ulasan: