"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lee Sun-kyun, pelakon filem Parasite mati dipercayai bunuh diri

Hmetro 
Lee Sun-kyun

Seoul: Pelakon filem Parasite, Lee Sun-kyun, 48, yang sedang disiasat atas penggunaan dadah ditemukan meninggal dunia dipercayai membunuh diri, hari ini.

Polis menemui mayat lelaki disahkan sebagai Lee yang tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di taman di pusat bandar Seoul pada jam 10.30 pagi.

Polis turut menemui arang batu di tempat duduk penumpang.

Polis sebelum itu menerima laporan bahawa Lee meninggalkan rumah selepas menulis memo yang didakwa seperti surat membunuh diri dan keretanya juga sudah tiada.

"Kerana dia sudah diisytiharkan meninggal dunia, mayatnya tidak dibawa ke hospital," kata seorang pegawai.

Lee sudah menjalani tiga sesi soal siasat polis atas dakwaan menggunakan marijuana dan dadah haram lain di rumah seorang individu di kawasan Gangnam, Seoul, beberapa kali sejak awal tahun ini, termasuk Sabtu lalu.

Pelakon itu mendakwa dia diperdaya oleh individu itu untuk mengambil dadah dan dia tidak mengetahui apa yang dia ambil.

Lee mendapat keputusan negatif dalam kedua-dua ujian dadah yang dijalankan semasa siasatan polis dan ujian dadah berasaskan makmal oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan bulan lalu.

Sehari sebelum itu, Lee sudah mengemukakan permohonan ujian poligraf kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon yang bertanggungjawab dengan siasatan mendakwa dirinya tidak bersalah.

Lee menempa populariti selepas filem Parasite yang menampilkannya sebagai watak utama dan mencipta sejarah menang empat kategori di Academy Awards pada 2020 termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Tiada ulasan: