"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Piket ‘Kepung Demi Palestin’ di kedutaan AS mula malam ini

Bernama 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar, serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum, dijangka akan berkampung selama enam hari di sekitar kedutaan Amerika Syarikat bermula 10 malam ini.

Tindakan piket dengan nama “Kepung Demi Palestin” itu adalah inisiatif oleh warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza iaitu setakat 24 Dis lepas telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Menurut Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) dalam kenyataan, piket di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Mereka dijangka akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam serta memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin.

Antara NGO yang dijangka akan mengambil bahagian adalah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine.

Tiada ulasan: