"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menurut ‘Lim Sian See’, Rafizi ‘paling selamat’ berbanding Anwar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kedudukan Rafizi Ramli di Parlimen Pandan dikatakan ‘paling selamat’ berbanding pemimpin PKR lain sekiranya 80% undi Barisan Nasional beralih ke Perikatan Nasional, menurut pempengaruh yang dikenali sebagai “Lim Sian See”.

Dalam ramalan berdasarkan kajian oleh Ong Kian Ming dari DAP, Lim berkata Anwar Ibrahim dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, boleh kalah di kerusi masing-masing sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Kajian Ong mendapati empat daripada lima orang pengundi Melayu di kawasan yang ditandingi DAP dan menyokong BN beralih kepada PN pada PRN enam negeri Ogos lalu.

Mengulas dapatan itu, Lim berkata PKR berdepan risiko kehilangan banyak kerusi Parlimen sekiranya PRU diadakan sekarang.

“Prestasi PKR pada PRU15 sebenarnya tidak begitu baik. PKR hilang 34% daripada kerusi mereka. Jumlah kerusi turun dari 47 pada PRU14 ke 31 pada PRU15.

“Anwar hanya menang 39.8% daripada jumlah undian di Parlimen Tambun. Peratusan undi PKR jatuh 4.7% berbanding PRU14.

“Wan Azizah hanya menang 46.7% daripada jumlah undian di Parlimen Bandar Tun Razak. PKR mengalami kejatuhan 11.8% peratusan undi dari PRU14,” katanya.

Lim berkata Nurul Izzah yang juga naib presiden parti dan anak Anwar, dan Saifuddin Nasution Ismail yang juga setiausaha agung PKR masing-masing gagal mempertahankan Permatang Pauh dan Kulim-Bandar Baharu pada 2022.

“Jadi, sekiranya PRU diadakan sekarang dan sekiranya tinjauan DAP bahawa 80% undi BN sudah pindah ke PN maka presiden parti, isteri dia, anak perempuan dia, dan setiausaha agung akan kalah.

“Paling selamat ialah timbalan presiden parti iaitu Rafizi yang menang lebih 60% dari peratusan undi di Parlimen Pandan.

“Jika Rafizi berjaya kekalkan kemenangan di Pandan dan PKR sekali lagi terajui PH dan kerajaan maka Rafizi akan menjadi perdana menteri ke-11,” katanya.

Tiada ulasan: