"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 lelaki positif dadah ditahan samun pelajar di kolej

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tiga lelaki positif dadah ditahan dalam tempoh 24 jam selepas pelajar di kolej kediaman sebuah universiti awam di Pagoh, Johor, disamun awal pagi semalam.

Dua daripada tiga suspek itu memiliki 27 dan 33 rekod jenayah lampau, termasuk mencuri kenderaan.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek pertama ditahan dekat susur keluar Pagoh di Lebuhraya Utara Selatan kira-kira 9 pagi Isnin.

Katanya, tangkapan itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek di Kulai beberapa jam kemudian.

“Ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 23 tahun itu diburu selepas polis menerima laporan pelajar terbabit bahawa mereka bertiga disamun di kolej kediaman oleh dua individu tidak dikenali.

“Suspek dikatakan masuk ke bilik pelajar terbabit sambil mengacukan pisau dan mengambil barang mereka sebelum melarikan diri,” katanya menurut Berita Harian.

Tiga pelajar disamun lelaki tidak dikenali di kolej kediaman sebuah universiti awam di Pagoh kira-kira 3 pagi Isnin, di mana suspek dikatakan memanjat pagar belakang kolej kediaman itu, sebelum masuk ke bilik mangsa. Tiga mangsa itu dilaporkan tidak cedera.

Raiz berkata, polis merampas seutas rantai emas, telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kereta disyaki dicuri, komputer riba, pisau serta methamphetamine seberat 3.15g.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: