"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

500 bangkai kuda ditemui di Australia

Bharianonline 
Bangkai lebih 500 kuda ditemui dibuang di wilayah NSW. - Foto AGENSI
Bangkai lebih 500 kuda ditemui dibuang di wilayah NSW. - Foto AGENSI
SYDNEY: Penemuan lebih 500 ekor bangkai kuda di sebuah kawasan hartanah di luar bandar Australia mendorong pasukan polis dan pihak berkuasa perlindungan alam sekitar dan kesihatan untuk menyiasat lebih luas.

Penemuan ngeri itu berlaku berhampiran bandar Wagga Wagga, iaitu lima jam memandu ke barat Sydney susulan aduan daripada kejiranan kawasan berkenaan yang menghidu bau bangkai haiwan berkenaan.

Siasatan awal mendapati bangkai kuda berkenaan ditemui di beberapa tapak di seluruh kawasan hartanah dan bangkai haiwan berkenaan disyaki telah dibuang dalam tempoh yang lama.

Majlis Bandaraya Wagga Wangga dalam kenyataan memaklumkan, sebahagian daripada bangkai kuda terbabit sudah menjadi rangka, manakala yang lain dibunuh secara beransur-ansur baru-baru ini.

"Banyak tempat pembuangan bangkai ditemui secara berasingan di lokasi di seluruh hartanah berkenaan. Dianggarkan terdapat lebih daripada 500 bangkai kuda ditemui," katanya.

Beberapa agensi lain kini terbabit dalam siasatan, termasuk pihak berkuasa makanan dan badan lumba kuda negeri.

"Perkara itu masih dalam siasatan semasa. Tiada ulasan lanjut akan dibuat buat masa ini," kata majlis bandaraya itu. - AFP

Tiada ulasan: