KOSMO
Tangkap layar video yang memaparkan majlis pertunangan pasangan kanak-kanak berusia tujuh tahun di Madura, Jawa Timur. - TIKTOK @z0yaahmad
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis pertunangan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di Madura, wilayah Jawa Timur, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Lebih mengejutkan, budak perempuan yang tidak didedahkan namanya itu ditunangkan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang juga berusia tujuh tahun.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @z0yaahmad, penduduk tempatan dilihat menghadiri majlis berkenaan dan menyaksikan pertunangan mereka.
Keluarga kanak-kanak lelaki itu membawa barang-barang hantaran termasuk emas.
Seorang ahli keluarganya menyarungkan perhiasan pada kanak-kanak perempuan itu sama seperti majlis pertunangan orang dewasa.
Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, kedua-dua mereka dijodohkan sejak dari kecil dan akan berkahwin apabila memasuki usia dewasa. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan