"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat hampir reput ditemukan di cerun bukit

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Genting Highlands: Mayat hampir reput ditemukan di cerun bukit di Kilometer (KM) 15.1 Jalan Turun Genting Highlands, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam jam 3.40 petang.

"Hasil pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian mendapati terdapat satu mayat yang hampir reput dan jantina serta identitinya belum dikenal pasti.

"Kerja-kerja mengeluarkan mayat dari lokasi itu dijalankan dengan bantuan pihak bomba sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat," katanya.

Setakat ini, katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dilakukan terhadap mayat berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga juga boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: