"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga kota mahu Jabatan Imigresen Malaysia tingkatkan rondaan

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my
KEADAAN Kota Raya yang dipenuhi warga asing ketika JIM melaksanakan rondaan disekitar jalan Bukit Bintang, Chow Kit, KLCC dan Kota Raya. FOTO Genes Gulitah
KEADAAN Kota Raya yang dipenuhi warga asing ketika JIM melaksanakan rondaan disekitar jalan Bukit Bintang, Chow Kit, KLCC dan Kota Raya. FOTO Genes Gulitah
Kuala Lumpur: Warga kota mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meningkatkan rondaan 'omnipresence' di lokasi panas sekitar ibu negara sebagai bagi mengekang warga asing menjalankan perniagaan secara haram yang merimaskan penduduk setempat.

Tinjauan di lokasi tumpuan seperti Jalan Silang, Kota Raya dan Chow Kit menunjukkan masih ada warga asing dilihat menjalankan perniagaan di laluan awam termasuk kaki lima kedai.

Antara perniagaan yang dijalankan adalah menjual sirih, manisan, rokok, baju, air dan buah-buahan.

Pemandu teksi, Mohamad Nor Ibrahim, 59, mencadangkan JIM membuat operasi setiap minggu dan meletakkan pondok khas di kawasan panas itu bagi membanteras kegiatan warga asing.

"Setiap minggu kalau buat operasi di kawasan panas ini lagi baik. Patutnya hari raya pertama dan kedua mereka (pihak berkuasa) patut buat operasi kerana pada masa itu kawasan ini sangat ramai warga asing.

"Warga asing ini juga sudah semakin melampau. Sebagai contoh di Jalan Silang dan Kota Raya ini mereka berniaga di kaki lima macam tempat dia sendiri," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Seorang warga kota, R Ramasamy, 68, pula menyambut baik hasrat JIM yang mahu melaksanakan rondaan omnipresence secara berkala di lokasi hotspot sekitar ibu negara.

Katanya, dengan rondaan yang dilakukan itu pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas warga asing yang melakukan perkara menyalahi undang-undang.

"Pendatang asing pun akan takut kalau pihak berkuasa selalu buat rondaan. Kalau tidak buat rondaan, macam-macam perkara boleh jadi," katanya.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya melaksanakan rondaan omnipresence secara berkala di lokasi hotspot sekitar ibu negara bagi memastikan kota raya itu selamat dan selesa didiami penduduk tempatan mahupun warga asing.

Wan Mohammed Saupee berkata, selain tindakan penguatkuasaan, elemen rondaan juga penting bagi memastikan orang ramai 'merasai' kehadiran pegawai JIM yang sentiasa memerhati.

Tiada ulasan: