"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Junaida hilang selepas keluar ke tempat kerja, hanya kenderaan ditemukan

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my
JUNAIDA dipercayai hilang dan masih tidak dapat dihubungi. FOTO Ihsan Polis
JUNAIDA dipercayai hilang dan masih tidak dapat dihubungi. FOTO Ihsan Polis
Shah Alam: Polis menerima tiga laporan berhubung kes seorang wanita yang tidak dapat dihubungi selepas keluar ke tempat kerja, Jumaat lalu dan tidak pulang ke rumah di Seksyen 17 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kes Orang Hilang (OH), Junaida Abdul Rahim, 42, dibuat kakak kandung mangsa awal pagi semalam.

Beliau berkata, selain kakak kepada mangsa, polis juga menerima laporan dari rakan sekerja dan rakan serumah berhubung kehilangannya.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa keluar rumah Jumaat lalu kira-kira 11 pagi dari rumah sewanya di Seksyen 17.

"Mangsa keluar bekerja menaiki Mitsubishi Triton tetapi kenderaan itu sudah dijumpai di Jalan Ampang.

"Mangsa masih belum pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi. Siasatan mendapati tiada berlaku perselisihan faham antara OH dengan rakan serumah," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, Junaida Abdul Rahim belum berkahwin dan siasatan mendapati dia adalah pemilik sebuah agensi takaful di Subang Jaya.

"Ciri-ciri fizikal OH adalah berkulit kuning langsat, ketinggian 160 sentimeter, 54 kilogram berat dan bertudung.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512," katanya.

Tiada ulasan: