"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada menteri wanita fobia pisang

Agensi
PAULINA Brandberg. FOTO Instagram
PAULINA Brandberg. FOTO Instagram
Stockholm: Seorang menteri Kerajaan Sweden dilaporkan fobia terhadap pisang sehingga perkara itu menjadi bualan di seluruh negara, lapor The Guardian.

Pendedahan menerusi e-mel itu menyebabkan pembantunya terpaksa membersihkan bilik daripada buah berkenaan.

Menurut portal berkenaan, Paulina Brandberg, Menteri Kesaksamaan Jantina dan Kehidupan Kerja sebelum ini bercakap mengenai 'isunya' terhadap pisang dan menyifatkannya sebagai fobia paling aneh di dunia.

E-mel yang bocor minggu ini menunjukkan bahawa kakitangannya mengambil langkah untuk memastikan beliau tidak terdedah dengan buah itu.

Komunikasi yang diterbitkan oleh akhbar Expressen, termasuk kiriman e-mel kepada pejabat Speaker Sweden pada September menyatakan bahawa 'tiada pisang di dalam bilik sebelum Brandberg menghadiri pertemuan dengan rakan sekerja", disebabkan oleh "alahan kuat" terhadap buah berkenaan.

Menurut kiriman e-mel lain, kakitangannya berkata, tidak boleh ada pisang di mana-mana ruang yang dimasuki Brandberg pada acara yang dihadirinya

"Kami akan menjamin persidangan itu supaya tidak ada pisang," tulisnya

Dalam pada itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson dalam kenyataannya pada Khamis lalu memaklumkan masalah Brandberg tidak menjejaskan urusan kerajaan.

"Saya sangat menghormati individu yang mempunyai fobia berbeza.

"Saya terganggu apabila menteri kabinet yang bekerja keras hampir menjadi fobia dan orang ramai mempersendakannya," katanya.

Brandberg enggan memberi komen lanjut kepada Guardian tetapi beliau memberitahu Expressen bahawa ia adalah isu yang menuntutnya mendapatkan bantuan profesional.

Tiada ulasan: