SITI NUR ZAWANI
Kecoh sejak semalam apabila sebuah kereta pengiring orang kenamaan merempuh kenderaan orang awam di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Seremban.
Rakaman rempuhan itu tersebar dengan cepat di media sosial selepas kereta pengiring itu didakwa memandu laju ketika hujan, sebelum melanggar bahagian belakang kereta jenis Proton Saga.
Isu itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang tidak setuju nyawa orang awam dijadikan risiko hanya untuk mengiringi perjalanan orang kenamaan.
Apa yang menjadi persoalan ramai adalah siapa VIP yang sedang diiringi itu?
Setakat ini tiada maklumat berkenaan VIP tersebut dan pihak polis juga hanya memfokuskan kepada siasatan berkait pelanggaran dua kenderaan.
“Penting sangat ke kononnya VIP tu sampai boleh boleh merisikokan orang awam, janganlah salah guna kuasa dan merosakan harta awam, kita semua pengguna jalan raya jugak,” komen seorang pengguna X pada berita berkenaan isu tersebut
“VIP bekerja untuk rakyat, hiduplah untuk rakyat,” kata yang lain.
Kelmarin, tular video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM yang sedang mengiringi VIP, merempuh kereta jenis Proton Saga.
Polis memaklumkan sedang menyiasat kemalangan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan