"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar lelaki berusia 15 tahun maut ditikam di sekolah

AFP
Perdana Menteri Keir Starmer melabelkan jenayah pisau sebagai 'krisis negara', dengan undang-undang yang lebih ketat mengenai senjata berbilah berkuat kuasa September lalu. - Foto AGENSI
Perdana Menteri Keir Starmer melabelkan jenayah pisau sebagai 'krisis negara', dengan undang-undang yang lebih ketat mengenai senjata berbilah berkuat kuasa September lalu. - Foto AGENSI
LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat ditikam di Sekolah Menengah Katolik All Saints di Sheffield, utara England, semalam, menurut polis.

Itu adalah kejadian terbaru pembunuhan menggunakan senjata tajam yang mencetuskan kebimbangan di Britain.

Perdana Menteri, Keir Starmer dalam satu kenyataan berkata, sekolah berkenaan serta keluarga mangsa sedang berduka atas kehilangan remaja terbabit yang tidak sepatutnya berlaku, dan seluruh negara turut bersedih bersama mereka.

Starmer sebelum ini menyifatkan jenayah membabitkan senjata tajam sebagai krisis nasional dan undang-undang lebih ketat terhadap senjata berbilah mula berkuat kuasa pada September lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Lindsey Butterfield dalam sidang medianya berkata, mangsa mengalami kecederaan serius meninggal dunia tidak lama selepas pasukan ambulans tiba dan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Beliau turut memaklumkan bahawa seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan atas tuduhan membunuh. Bunga, lilin dan belon diletakkan di hadapan sekolah yang ditutup sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Tiada ulasan: