"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini taktik Pas tanam kebencian dan bodohkan penyokong

SITI NUR ZAWANI

Tuduhan bahawa AMANAH dikawal atau ditunggang oleh DAP adalah taktik Pas untuk menanam kebencian dan memperbodohkan penyokong mereka, kata Pemuda AMANAH, Ikhmal Iskandar.

Beliau menegaskan, parti diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu itu bukan dilahirkan oleh DAP, jauh sekali menjadi kuda tunggangan mana-mana parti atau individu.

Hakikatnya kata beliau, AMANAH lahir daripada keperluan mendesak untuk memperjuangkan politik yang lebih dinamik, inklusif dan berprinsip, khususnya dalam membawa suara Islam yang progresif, adil dan peduli terhadap seluruh masyarakat.

“Sebagai sebuah parti yang berteraskan nilai-nilai Islam, AMANAH komited kepada perjuangan yang selari dengan konsep Rahmatan Lil Alamin iaitu membawa rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Ini adalah ajaran Islam sebenar yang menekankan keadilan, kebajikan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Hakikatnya, AMANAH adalah parti yang berdiri atas prinsipnya sendiri dan berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih adil, bersatu, dan harmoni,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: