Bumbung pusat dialisis di hospital Pasir Mas runtuh
FMT Reporters
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11.47 malam tadi.
Keadaan bumbung runtuh di Pusat Dialisis, Hospital Lati, Pasir Mas malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Bumbung Pusat Dialisis di Hospital Lati, Pasir Mas runtuh kira-kira jam 11.47 malam tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas, Mohd Azmi Husin, berkata lapan anggota serta pegawai dari BBP Pasir Mas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan melalui Sistem Mers 999.
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada letupan atau pergerakan tanah.
“Pemeriksaan lanjut dilakukan dalam bangunan bagi memastikan tiada kebakaran dan secara keseluruhannya situasi berkenaan tidak melibatkan kecederaan individu.
“Kita juga menghubungi Jabatan Kerja Raya untuk pemantauan di kawasan berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan