"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga asing mengaku tak salah beri maklumat palsu mohon sijil lahir, MyKad Imam Mahadi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas lima pertuduhan memberi maklumat palsu ketika memohon sijil lahir dan kad pengenalan empat anaknya sejak 2005.

Sinar Harian melaporkan Bernad Arasad, 48, membuat pengakuan itu di depan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas kesemua semua pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa sengaja memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kad pengenalan kali pertama atas nama Muhammad Imam Mahadi Bernad ketika melakukan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) antara 8 pagi hingga 5 petang 3 Jan 2018.

Dia didakwa di bawah Peraturan 25 (1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, dia didakwa sengaja memberi maklumat palsu dalam borang JPN bagi mendapatkan sijil kelahiran atas nama Puteri Aisyah Bernad, Muhammad Saifullah Bernad, Puteri Aliya Bernad dan Muhammad Imam Mahadi Bernad di Kaunter Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN SPT antara 30 Dis 2005 hingga 13 Feb 2012.

Bagi empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 36 (b) Akta Pendaftaran Kelahiran 1957 (Akta 299) dan boleh dihukum bawah seksyen sama yang memperuntukkan denda RM2,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa JPN Pulau Pinang, Nur Diani Kasno tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh warga asing.

Majistret menetapkan 10 Mac ini sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Tiada ulasan: