"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang lagi penceroboh yang cedera dalam kes di perairan Tanjung Rhu, Selangor, meninggal dunia

Ditembak APMM, lagi suspek warga Indonesia meninggal

Tan Chin Tung

GOMBAK: Seorang lagi warga Indonesia yang terlibat dalam insiden tembakan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini di perairan Tanjung Rhu, Selangor, meninggal dunia.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata mangsa antara empat suspek cedera dalam insiden pada 24 Jan.

“Dia meninggal dunia di Hospital Serdang malam tadi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Hussein berkata, anggota APMM melepaskan beberapa tembakan mempertahankan diri apabila dua suspek daripada sebuah bot bersenjata parang menyerang mereka. Seorang pekerja migran terbunuh.

Katanya, polis telah membuat siasatan insiden berkenaan dengan anggota APMM terlibat dalam insiden tembak itu diberikan cuti sementara menunggu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 39 Akta Senjata kerana melepaskan tembakan tidak menepati undang-undang, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai semasa menjalankan tugas.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 26a Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana menyeludup migran.

Tiada ulasan: