"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru suami bakar kereta isteri

Bernama
Tangkap layar video kereta dibakar di Johor semalam.
JOHOR BAHRU: Polis memburu seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai melakukan khianat dengan membakar kereta isterinya selepas menyekat kenderaan itu di Jalan Tebrau, semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.20 malam dan mangsa membuat laporan polis pada 1.33 pagi tadi.

Kejadian terbabit tular menerusi rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan kereta Toyota Vios milik wanita berusia 21 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar.

“Kejadian dipercayai berlaku kerana perselisihan faham antara pasangan berkenaan. Suspek bertindak melarikan diri menggunakan Toyota Vellfire selepas melakukan perbuatan khianat itu.

“Empat individu termasuk tiga wanita yang menaiki kenderaan yang dibakar itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” menurut kenyataan.

Beliau berkata mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM90,000.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: