"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon wanita, suami disiasat pula kes tipu Datuk palsu

NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Pelakon drama wanita dan suaminya yang direman baru-baru ini dipercayai turut terlibat dalam kes penipuan darjah kebesaran negeri kononnya membawa gelaran Datuk.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada seorang pesara kerajaan pada 18 Disember lalu.

“Mangsa ditawarkan seorang lelaki yang juga suami pelakon wanita itu bagi urusan permohonan mendapatkan darjah kebesaran negeri Terengganu yang membawa gelaran Datuk, tetapi sebenarnya tidak wujud.

“Mangsa menjelaskan pembayaran dengan melakukan enam transaksi pemindahan wang bermula Januari hingga November tahun lalu yang berjumlah RM23,100,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Azhar, reman ke atas pasangan itu yang berakhir hari ini akan disambung. Sebelum ini pelakon wanita tersebut dan suaminya ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurniaan melibatkan kerugian berjumlah RM1.5 juta

Sehingga kini, suspek dipercayai terbabit dalam tiga kes membabitkan tiga mangsa yang berlainan termasuk di negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: