"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Fayhsal: Hamzah mahu lindungi Samsuri daripada Bersatu

Sean Augustin

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan Hamzah Zainudin berjiwa besar, memandangkan beliau mempunyai sokongan majoriti pembangkang.
 
wan fayhsal, hamzah zainudin n samsuri mokhtar
Bekas ahli MPT, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tuduh Bersatu main ‘politik longkang’ susulan layanan terhadap Hamzah Zainudin dan Ahmad Samsuri Mokhtar.
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Bersatu menyifatkan peletakan jawatan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang sebagai langkah ‘strategik’ untuk melindungi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar, daripada serangan berterusan parti itu.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menuduh bekas partinya main ‘politik longkang’ kerana berulang kali mempersoalkan kredibiliti Samsuri dan menggambarkannya sebagai pemimpin lemah.

“Hamzah dapat baca permainan itu. Beliau membantu menghentikan serangan terhadap Samsuri dengan melepaskan jawatan.

“Kita (pembangkang) perlu mempertahankan Samsuri kerana beliau ‘poster boy’ kami,” katanya kepada FMT.

Hubungan antara PAS dan Bersatu dilaporkan tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini, menyusuli kemelut politik Perlis yang menyaksikan jawatan menteri besar bertukar tangan, pada awal tahun ini.

Samsuri, yang juga naib presiden PAS, dilantik sebagai pengerusi PN bagi menggantikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 1 Jan.

Samsuri pada Ahad mengumumkan PN akan menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan ketiadaan ketua pembangkang, menyusuli laporan bahawa Hamzah menghantar surat letak jawatan kepada kepimpinan tertinggi PN.

Wan Fayhsal menyifatkan Hamzah berjiwa besar, memandangkan Ahli Parlimen Larut itu mempunyai sokongan majoriti pembangkang untuk kekal sebagai ketua blok – hakikat yang tidak boleh diterima Bersatu.

“Beliau tidak perlu letak jawatan tetapi melakukannya demi mengekalkan perpaduan dalam PN. Beliau mengutamakan kepentingan gabungan mengatasi kepentingan sendiri,” kata Ahli Parlimen Machang itu.

Wan Fayhsal, yang merupakan ahli majlis pimpinan tertinggi sebelum dipecat, menuduh Bersatu sengaja kecoh mengenai Hamzah memegang jawatan ketua pembangkang.

“Bersatu patut diam sekarang memandangkan mereka dah dapat apa yang mereka mahu,” katanya.

Wan Fayhsal menggesa Muhyiddin mengosongkan tempat duduknya di Dewan Rakyat, memandangkan beliau bukan lagi pengerusi PN.

“Beliau sepatutnya beralih ke belakang dan membiarkan Samsuri mengambil tempatnya. Sesiapa sahaja yang dilantik sebagai ketua pembangkang harus mengambil tempat duduk Hamzah.”

Tiada ulasan: