"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jururawat maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Hazira Ahmad Zaidi

MACHANG: Seorang jururawat Hospital Tanah Merah maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik daripada alat pemanas air di bilik mandi rumahnya di Kampung Pangkal, di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.50 petang ketika menerima rawatan di Hospital Machang selepas dibawa oleh ahli keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Mohd Azman Yacob mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, JKNK masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik.

Tiada ulasan: