| Adnan Ibrahim | |
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu siasatan polis berhubung kes kematian mengejut setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock kini tinggal 10 atau 15 peratus untuk dibereskan, dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum inkues bermula minggu depan. Namun begitu apa yang pelik sehingga kini tidak ada seorang pun di reman atau mereka disyaki ditahan dalam kes kematian mengejut tersebut. Apakah polis sudah mempunyai rumusan yang diatur cukup hebat sehingga dapat meyakinkan rakyat bahawa Teoh membunuh diri? Apakah terdapat perancangan bersama pihak polis dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kes sebenar kematian yang sebelum ini diklaskan sebagai mengejut? Ini kerana terdapat dakwaan peguam keluarga Teoh, Lim Lip Heng sebagaimana dilaporkan media maya menyifatkan pihak polis mahu "melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban" ekoran kejadian kematian mengejut Teoh itu. Ahli Parlimen Segambut itu juga berkata, dalam siasatan ke atas tunang dan ahli keluarga Teoh, pihak polis ingin tahu apakah mendiang berada dalam keadaan tertekan, melakukan tindakan yang boleh membunuh dirinya atau menghadapi masalah kewangan. "Tetapi keluarga (Teoh) menafikan semua itu. Teoh ceria dan tidak ada masalah di tempat kerja. Teoh tidak ada masalah kewangan, bergaul dengan baik dengan setiap orang dan dalam persiapan untuk perkahwinannya," kata beliau. Lim juga memberitahu, pihak polis juga mengemukakan "soalan yang menarik" kepada tunang Teoh, Soh Sher Wei iaitu sama ada Teoh menukar kasutnya setiap hari. Ia berkaitan dengan pendedahan pegawai penyiasat bahawa kasut Teoh kelihatan terkoyak ketika mayatnya ditemui. "Mereka bertanya apakah Teoh mempunyai banyak pasang kasut dan kasut saiz apa yang dipakainya... tunang Teoh memberitahu bahawa Teoh mempunyai beberapa pasang kasut dan beliau jarang menukar kasutnya melainkan rosak tetapi pada hari yang malang itu beliau memakai kasut baru," kata Lim. Seorang lagi peguam, Eric Tan Pok Shyong mendakwa, kebanyakan soalan polis difokuskan kepada kemungkinan Teoh tidak terbunuh akibat tindakan pegawai SPRM. "Contohnya, mereka bertanya tentang karakter Teoh, pernahkah beliau merungut tentang kerjanya sebelum mati, dan cuba mengaitkan dengan kerjanya dan kemungkinan beliau membunuh diri akibat tekanan tersebut," kata beliau. "Mereka juga bertanya adakah Teoh menghisap rokok. Saya meneka satu-satunya sebab mereka bertanya soalan tersebut adalah untuk cuba menyimpulkan bahawa beliau mungkin terjatuh dari tingkap ketika menghisap rokok di situ," katanya. Bagaimanapun, keluarga Teoh menolak kemungkinan beliau membunuh diri dan memberitahu bahawa Teoh juga bukan seorang perokok. JIka dakwaan seumpama ini mahu diwujudkan oleh pihak yang melakukan siasatan terhadap kes tersebut, nescaya kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertambah bermasalah selepas keperibadian beliau sendiri banyak menimbulkan tanda tanya. Najib perlu memastikan pegawai beliau bekerja bagi memastikan kejayaan satu Malaysia untuk memulihkan sokongan kaum Cina dan India kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Ini bermakna Najib tidak boleh berkompromi dengan pihak pegawai beliau sendiri yang tidak menguntungkan kerajaan dan slogan serta dasar membawa perubahan yang secara tidak langsung menarik kembali sokongan rakyat kepada BN. Sementara keluarga dan kawan Teoh menyifatkan Teoh bukan seorang mudah tertekan dengan kerja dan tugas yang dibebankan keatas beliau. Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa ketika ditemui di Kajang, memberitahu beliau mengenali Teoh tiga tahun dahulu dan menyifatkan Teoh sebagai orang yang baik dan muah diajak berunding. Tambah beliau dengan sifat dan tingkah laku Teoh yang beliau kenali maka amat tidak munsabah untuk mengklasifikasikan Teoh seorang yang mudah tertekan dan mengambil jalan singkat dalam mengakhiri kehidupan beliau. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kes Teoh: Hairan bin Ajaib siasatan hampir selesai tiada satu pun di reman
Nizar: Saya Akan Tuntut Di Akhirat
IPOH 23 Julai - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.
Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.
Ekoran itu, katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib memberikan komen atas laporan berita yang salah.
''Dia (Harun) baca Utusan Malaysia yang lapor tidak betul, jadi dia komen atas laporan yang salah. Dengar betul-betul, saya tidak kata dia buat komen yang salah tetapi buat komen atas laporan yang salah.
''Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohammad Nizar mengulas kenyataan Harun bahawa beliau tidak sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Selain kenyataan Harun, Utusan Malaysia turut menyiarkan gambar Mohammad Nizar berdiri di sebelah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sambil memegang lilin.
Malah kata Harun, Pas sendiri telah membuat garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri para pemimpin serta ahli parti itu.
Pada masa sama, Harussani pula menyifatkan tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.
Mengulas lanjut, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beliau tidak menyalahkan Harun, Zambry mahupun Harussani kerana membuat komen terhadapnya itu.
''Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah.
''Saya cuma kasihan kepada mereka kerana membuat komen atas laporan berita yang tidak betul," katanya.
Mohammad Nizar berkata, pemberita yang melaporkan berita salah itu membuat fitnah besar dan beliau akan menuntutnya semasa di akhirat.

-tranungkite.net/forum-
Apabila saya berdebat dengan Umno
Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa
Beberapa bulan selepas kemenangan PR, kedengaran Umno begitu berminat untuk berbincang dengan PAS. Orang-orang Umno lebih lunak dalam serangan politiknya kepada PAS berbanding dengan rakan-rakan PR yang lain dari DAP dan PKR. PKR Umno “belasah” dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tak habis-habis manakala DAP mereka serang dengan serangan berbau “perkauman” supaya orang Melayu terus kekal benci kepada parti “chauvinist” Cina itu.
Saya perasan Umno tidak sangat “hentam” PAS, kalau adapun kepada peribadi Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bila isu Kerajaan Perpaduan dimainkan, tiba-tiba beberapa nama pemimpin PAS jadi “harum” manakala nama Nik Aziz terus menjadi sasaran kecaman demi kecaman. Itu senario hubungan PAS-Umno yang pelik. Kini Umno bercakap tentang perpaduan Islam-Melayu dan peliknya ialah perpaduan itu hanya dengan PAS.
Bila Datuk Seri Presiden PAS menegaskan bahawa perpaduan mesti dibawa bersama rakan-rakan dari Pakatan, Umno kata “no” … hanya dengan PAS. Itulah yang saya katakan pelik dan saya mengandaikan ia bukan usaha perpaduan tetapi usaha memecahkan perpaduan dalam PR.
Saya kaitkan cerita di atas dengan Umno di Pulau Pinang yang lebih “tebal” Melayunya, mungkin kerana Melayu adalah minoriti di Pulau Pinang. Umno di Pulau Pinang tak ketinggalan nak ambil kesempatan ini untuk “mengurat” PAS di Pulau Pinang untuk bincang masalah Melayu Pulau Pinang secara khusus dan isu perpaduan secara umum.
Satu hari semasa saya bertemu Abang Non, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bayan Baru di mana saya adalah YDPnya terpacul soalan dengan penuh semangat tentang cerita Umno Bayan Baru nak jumpa dengan PAS, Abang Non kata dengan pelek bahasa Tanjong yang pekat “… depa habaq mai kata nak bincang dengan kita, saya kata nanti sat kami bincang, YB Mujahid tak dak masalah mesti dia bersedia nak jumpa dengan hangpa… bolehka ustaz?”
Abang Non yang saya kenal memang semangat orangnya, kalau cakap jangan duduk dekat kerana tangan dan kepalanya bergerak merata. Saya mengangguk setuju seraya berkata: “Tak dak masalah eehh, kalau nak bincang PAS memang bersedia tapi bukan pi nak serahh tengkok!” Usaha PAS dan Umno Bayan Baru habis di situ aja kerana tidak ada perkembangan selanjutnya.
Lain pula apabila saya berjumpa dengan Raja Munir Shah, seorang tokoh muda Umno Tanjung yang memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Tanjung, dia begitu bersemangat bercakap tentang perlunya PAS Pulalu Pinang dengan Umno Pulau Pinang berbincang dalam senario politik baru. Saya bertemu dengannya di program menyambut Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan anjuran USM, khusus tentang kebudayaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Saya dijemput sebagai salah seorang ahli panel bersama dengan Umno dan tokoh akademik Prof Muhammad Salleh seorang Sasterawan Negara. Majlis dirasmikan oleh YB Danny Law sebagai exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.
Dalam majlis itu saya sempat mengutarakan persoalan budaya Melayu dan Islam yang dilihat tidak diberi tumpuan khususnsya bangunan bersejarah dan masjid Acheh yang terpinggir dalam pamplet-pamplet mempromosikan Pulau Pinang serta akses jalan yang tidak dipermudahkan untuk sampai ke sana seolah-olah terperosot.
Lepas majlis saya bersembang dengan Raja Munir dan dia terus mencadangkan sesuatu perlu dibuat dalam konteks Pulau Pinang antara PAS dengan Umno. Saya bersetuju secara asas, isu ini dibincang dalam suasana ketamadunan dan rasional bukan sentimen dan dasar perkauman.
Hasil dari pertemuan itu, dua bulan sudah saya menerima jemputan dari Umno Tanjung untuk diadakan Wacana Ilmiyah dengan tajuk besarnya ialah Perpaduan Ummah. Dalam surat yang saya terima saya difahamkan Umno akan diwakili oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaludin dan Shahbudin Yahya, ADUN Permatang Berangan dari Umno Pulau Pinang, manakala moderatornya adalah Dr Suhaimi dari USM. Saya menerima jemputan itu dengan sikap terbuka, lagipun bukankah satu aspek ketamudunan itu ialah berwacana, berdebat dan berdiskusi walaupun dengan pandangan yang berbeza? Selagimana kita jelas dasar dan halatuju serta sedar masalah yang berlaku, saya tidak perlu takut untuk berdepan dengan pihak yang selama ini mempertikaikan saya. Atas dasar itu saya bersetuju untuk hadir “wacana ilmiyah” pada 11 Julai, pukul 2.30 petang di Kompleks Penyayang, Pulau Pinang.
Tiba hari itu saya disambut dengan mesra oleh penganjur iaitu Umno Tanjung, malah hampir kesemua yang saya temui adalah rakan atau kenalan dan sebahagian besarnya mengenali saya kerana Pak Yusof Rawa. Itulah uniknya orang Melayu Pulau Pinang mungkin kerana mereka minoriti mereka tidak sangat dipisahkan dengan “political divide” mereka lebih berminat untuk memikirkan survival Melayu Pulau Pinang di mana semua PAS dan Umno bersetuju secara dasarnya masalah ini perlu ditangani bersama. Dengan sebab itu juga Pak Yusof Rawa walaupun tokoh PAS, tetapi disanjungi sebagai orang Melayu Pulau Pinang yang berjaya dan prihatin kepada nasib orang Melayu Pulau Pinang. Saya menumpang keadaan itu, sebab itu pada awal lagi saya sudah tahu parameter saya dalam berwacana nanti.
Saya juga tahu masalah Melayu Pulau Pinang yang saya kuasai sejak dulu lagi kerana saya anak jati Pulau Mutiara cuma saya bukan anak mami saja, anak keturunan Rao atau Rawa yang merantau sejak Tok Wan saya, saya generasi ke 3, perantau dari Rawa, Sumatra. Orang PAS pun ramai yang datang, tetapi masing-masing seperti saya kenal mengenali antara satu sama lain, walaupun janggal untuk berada dalam dewan yang penuh dengan bendera Umno, tapi orang PAS tak kisah, mereka nak dengar apa pemmpin mereka akan kata dalam wacana ini. Lalu saya diperkenalkan dengan ustaz Affendi Mohd Yusof, Exco Pemuda Umno, Pengerusi Biro Agama, anak muda yang berpendidikan agama dari Jordan dengan pakaian tipical Pemuda Umno, songkok dan baju putih tangan pendek. Saya berpakaian batik merah dan kopiah putih kain keras (kupiah ustaz Fadhil), tipikal PAS dan suasana dewan berdebar kerana ini kali pertama PAS dengan Umno bersemuka, walaupun bukan pada tahap tinggi, tetapi cukup untuk “meletup” dengan isu-isu yang terpendam lama selama ini antara PAS dengan Umno. Oh ya, YB Khairy Jamaludin dan YB Shahabudin tidak hadir kerana berkempen di Manek Urai, itu menurut penganjur.
Tajuk “Kesatuan Ummah, retorik atau survival”, Raja Munir jadi moderator (takkan Dr Suhaimi yang sepatutnya moderator, pergi Manek Urai jugak…). Saya diberi pembicara yang pertama, lalu saya mulakan dengan ayat-ayat Al Quran yang menganjurkan perpaduan dan kesatuan, saya turut membawa buku-buku rujukan atas alasan tidak mahu tersasar tajuk dan bercakap atas hawa nafsu. Buku yang saya bawa, Unsur Kekuatan dalam Islam, Syed Sabiq, Mengapa Umat Islam DiLanda Perpecahan? Oleh Drs Munawwar Khalis, Min Fiqh Daulah oleh Qaradhawi dan dua buku Jameelah Abu Bakar tentang Melayu Pulau Pinang.
Alhamdulillah suasana pembentangan saya terkawal kerana disandarkan kepada ayat-ayat Al Quran dan petikan buku. Saya terlalu cermat dengan masa kerana menghormati majlis, maklumlah PAS dijemput, jadi saya terpaksa beradab dan berhati-hati. Lagipun saya mesti menunjukkan keterampilan kepimpinan PAS di hadapan orang Umno dan orang PAS sendiri.
Tiba giliran Ustaz Affendi yang pada 5 minit pertama sahaja menyetujui point-point saya, kemudian daripada itu semuanya menyerang peribadi dan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah dia berada di Manek Urai berkempen. Saya melihat orang Umno pun tercengang kerana ucapan berdalilkan Al Quran dan petikan buku dijawab dengan serangan-serangan kepada pemimpin tertinggi saya, Mursyidul Am PAS. Pengalaman di Kelantan dibawa dengan kata-kata sinis yang pedih ditujukan kepada PAS. Dalam hati saya, ini bukan ilmiyah, ini kempen politik yang layak untuk berhibur sahaja, kita sedang mencari jalan atau sekuang-kurangnya melihat masa depan, bukan membebel politik.
Ustaz Affendi juga turut menuduh PAS sudah ada unsur rasuah dalam pemilihannya! Semasa pembentangan Umno suasana jadi panas, kedengaran suara orang-orang PAS berbisik sesama mereka sambil menjeling marah kepada wakil Umno, tidak kurang wajah moderator dan Pengerusi Umno Tanjung, Datuk Ahmad Ibni Hajar menunjukkan ketidakselesaan sambil mencuri pandangan kepada saya untuk melihat reaksi saya. Saya senyum dan sesekali serius mencatit apa yang “dihemburkan” oleh ustaz kita.
Selesai ucapan saya diberi peluang untuk menjawab dan membuat penjelasan atas soalan apakah peranan kita sebagai orang bawahan menentukan masa depan kesatuan ummah selain orang pemimpin. Saya memulakan dengan melahirkan sikap kesal saya kepada apa yang diutarakan oleh wakil Umno dan meminta supaya kita fokus kepada tajuk dan saya secara sinis menyindir: “Kalau nak kempen simpan nanti di Manek Urai, bukan di sini, kami tak ada masalah permusuhan seperti yang disebut di Kelantan!’ sindiran saya mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk orang Umno.
Kedua saya tegaskan bahawa saya di sini bukan untuk membantai pemimpin Umno, tidak seperti wakil Umno yang membantai Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pemimpin No. 1 PAS. Saya turut menyindir kepada ustaz kita, adalah tidak cerdik menuduh seseorang sedangkan dia tidak ada di hadapan melainkan ia dianggap fitnah untuk memburukkan keadaan! Sekali lagi tepukan dari para hadirin… tentang rasuah dalam PAS, saya menegaskan bahawa sebagai AJK PAS Pusat saya tidak tahu adanya aduan rasmi, yang ada ialah Ketua Dewan Ulamak PAS memberi peringatan kepada calon-calon bukan menuduh rasuah, tetapi yang pasti Ketua Pemuda Umno dan Ketua Menteri Melaka memang disabitkan kesalahannya kerana rasuah dalam pertandingan Umno baru-baru ini, seluruh dunia mengetahuinya! Kali ini tepukan lebih gemuruh.
Saya turut menyebut tentang apa yang Umno buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Saya juga menegaskan saya Melayu, saya Islam tetapi saya mengidamkan Melayu yang bermoral dan Islam yang beramal dan saya mengidamkan parti saya adalah parti yang disegani kerana moralnya bukan parti yang terpalit dengan rasuah! Saya sekadar menjawab “serangan” yang dimulakan tetapi dalam nada yang penuh kawalan dan suara yang slumber, itu memberi kelebihan kepada saya untuk menguasai keadaan.
Saya turut menghulurkan tawaran untuk menjadikan isu Melayu Pulau Pinang dijadikan agenda penting Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan semua pihak harus menyokong usaha murni ini tanpa terikat dengan kepentingan parti masing-masing. Saya mencadangkan isu-isu segera ditangani bersama seperti isu kubur di Jelutung, Isu kampong Melayu di Tanjong Tokong di bawah UDA. Begitu juga isu sejarah orang Melayu di Pulau Pinang yang tidak disebut sebagai orang pertama yang sudah membuka dan meneroka tanah di Pulau, mereka hanya menyebut Francis Light sebagai orang yang membuka Pulau Pinang. Saya menegaskan ini perlu ditangani bersama oleh semua pihak dan saya menjaminkan bahawa PAS akan menegaskan kecelaruan sejarah ini. Sebenarnya isu ini memang sudah lama diperjuangkan di Pulau Pinang dan seperti suis lampu, apabila saya menyentuhnya tenggelamlah karut marut serangan ke atas PAS dalam ucapan wakil Umno tadi.
Semasa sesi soal jawab beratur peserta untuk ambil bahagian dari kedua belah pihak, anehnya dalam soal jawab itu orang Umno turut mempertikaikan peranan Umno selama ini di Pulau Pinang, malah untuk kepentingan Melayu dan Islam di Pinang Pinang mereka menyarankan supaya hari ini sebagai kerajaan biarlah orang Melayu di Pulau Pinang, Umno atau PAS berada di bawah pimpinan Dr Mujahid.
Datuk Ahmad Ibnu Hajar dan Raja Munir tersenyum termasuklah saya memandangkan wakil Umno yang berucap itu terlalu bersemangat mahukan kesatuan. Sesi soal jawab berakhir dengan ucapan sinikal, geli hati dan ada dari wakil Umno yang marah kepada penganjur kerana tidak meletakkan bendera PAS dalam dewan dan backdrop pentas sambil bertanya “macamana nak bersatu?” Panas dan menarik majlis sehingga saya membatalkan jamuan teh petang di rumah Gabenor pada pukul 5 petang sempena Hari Kelahiran Tun Dr Abbas Abdul Rahman. Majlis berakhir pukul 7 malam dan saya sempat jadi “selebriti” kejap apabila buku saya yang saya bawa bersama minta di tulis otograf saya, ramai yang membelinya dari Umno, tak kurang mencuri peluang bergambar dengan ahli panel dan saya sebagai orang PAS yang datang ke majlis Umno Tanjung.
Hari itu saya terlalu letih kerana setelah selesai wacana, saya bergegas untuk kuliah Maghrib di Masjid Hashim Yahya, Kampong Dodol dan kerana hujan lebat sejak petang Kampong Dodol, P. Ramlee dan Kampong Makam banjir. Setelah selesai kuliah saya turun melihat banjir dan dibawa oleh Pertahanan Awam untuk naik bot melihat dan meninjau banjir di Jalan P. Ramlee.
Hujan terus lebat sehingga basah kuyup dibuatnya. Isteri saya turut mengharungi banjir di Kampong Makam untuk melihat mangsa dan kedengaran bunyi suara: “kalau isteri pemimpin Umno, tak sudilah nak harung banjir jumpa orang kampong!” saya senyum, isteri saya lagilah senyum lebar. Malam itu saya berehat di rumah saya di Telok Kumbar. Saya betul-betul letih, hanfon saya tak henti SMS tetapi saya abaikan sahaja. Esoknya bangun untuk kuliah subuh di mesjid Gelugor, saya sempat melihat kebanyakan SMS mengucap tahniah tentang debat dengan Umno ada yang berbunyi: “Pemimpin PAS lebih jauh berpandangan dan mampu berhujah dengan nas dan bukti yang kuat, Umno dan PAS bagai langit dengan bumi”.
Itulah kisah pada 11 Julai. Pada 12 Julai selesai kuliah subuh di masjid Gelugor saya bersiap sedia pula untuk kuliah bulanan saya di Tabung Haji Bayan Lepas di mana beratus anak murid saya sedang menunggu untuk kuliah Sirah yang saya sudah mulakan sejak 3 tahun yang lalu. Sesungguhnya tugasan lebih besar daripada peruntukan masa yang ada…

Langgan:
Catatan (Atom)