"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gertakan Gobala Tidak Menjadi

wfauzdin_ns
MP Padang Serai, Gobalakrishnan telah mengemukakan tuntutan mohon maaf terhadap MP Machang, YB Saifuddin Nasution di dalam tempoh 7 hari berkaitan dakwaan Saifuddin kemungkinan Gobala mendapat habuan setelah keluar dari PKR. Sekiranya Saifuddin gagal untuk memohon maaf, beliau akan berhadapan dengan saman berjumlah RM 12 juta.

Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah.

Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, " “Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Padang Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Padang Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat.

Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah.

Adenovirus, perhatian kepada polis, SB, Ketua Polis dan Menteri KDN

rozmal
Negara kita diancam satu lagi bala, iaitu Adenovirus yang setakat ini telah menyebabkan kematian 2 orang pelatih Pulapol. Saya tahu Blog saya juga dipantau oleh polis dan SB. Jadi saya minta sangatlah kepada pihak polis dan SB yang memantau Blog saya supaya menyampaikan mesej kepada pihak atasan mengenai kaedah untuk membunuh segala jenis virus yang terdapat di persekitaran dengan kaedah yang selamat, 

iaitu dengan menggunakan air sahaja yang melalui proses elektrolisis menggunakan mesin canggih untuk menghasilkan air elektrolisis yang boleh membunuh semua virus , insyaAllah.

Jadi tak perlulah nak pikul tilam-tilam untuk dibuang atau dijemur untuk membunuh virus tersebut.
 
Saya cakap ini ialah kerana saya amat bersimpati dengan para pelatih Pulapol kita dan wabak ini boleh berlaku dimana-mana.
 
Dan saya serius dengan apa yang saya perkatakan ini , bukan kerana saya pakar dalam perkara ini, tapi kerana saya telah berjumpa orang yang pakar dalam perkara ini, yang professional, yang ada ijazah yang diiktiraf,  yang penting dia anak tempatan.
 
Kalau tak percaya cakap saya, boleh search sendiri di Internet dengan kata kunci Neutral Electrolyzed Water atau baca di pautan berikuthttp://aquaox.blogspot.com/2010/05/electrolyzed-water-applications-in.html

Neutral Electrolyzed Water (NEW) is produced near neutral 6.5 pH where the predominant antimicrobial agent is Hypochlorous Acid, the most efficient and efficacious specie of chlorine. Hypochlorous Acid kills microorganisms (bacteria, fungi, algae, spores, staff infections/MRSA and viruses). 
Apa-apa pun kita manusia hanya berusaha, yang menyembuhkan dan yang membunuh Adenovirus ini hanyalah Allah yang Maha Esa.
 
Hidup di dunia hanya sementera, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila
 
Salam dari saya
 
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com


Foto: Mak cik main SPORT TOTO !

ohmacamitu
nombor ekor.
nombor ekor.

Alahai mak cik, nak kaya cepat ye? Mana ada kesenangan hidup di dunia ini datang dengan bergolek. Haha.

korang cari di google ?

nombor ekor.

http://fid.ohmacamitu.com/search/sport-toto/