"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis wanita ditahan kes kejadian tembak ala gengster

amkns

24 Mac 2012 - KOTA BHARU: Seorang anggota polis wanita yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan beberapa jam selepas kejadian tembak ala gengster di lampu isyarat di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini semalam.Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat, di sini, selepas menerima maklumat berkaitan sebuah kereta jenis Satria Neo digunakan suspek yang melepaskan tembakan. Katanya, suspek wanita itu dibawa ke Balai Polis Binjai, di sini, untuk disoal siasat.

“Sejurus menerima maklumat kejadian itu (kejadian tembak), kita menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat. Seorang wanita yang juga anggota polis yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan ketika berada di hadapan rumah itu.

“Polis menemui satu motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. Dua suspek lelaki melarikan diri dengan Perodua Kenari milik wanita itu ke Gunung Bachok,” katanya./hmetro

LAPORAN KHAS: NFC-Antara Suami Menteri dan Penternak Biasa

Pengarah Syarikat Fidlot Kebangsaan atau NFC telah diheret ke mahkamah, bagi menjawab kecurigaan disebalik projek ternakan lembu mega itu.

Tetapi persoalan yang masih tidak terjawab adalah, bagaimana projek yang penting dan besar seperti ini sewenang-wenangnya diberi kerajaan Umno-BN kepada suami seorang menteri?

Bagaimana dengan penternak lain yang mempunyai keupayaan tetapi tidak mempunyai hubungan intim dengan orang orang besar di dalam Umno-BN?

Ini kerana negara sememangnya memerlukan projek seperti ini bagi memenuhi keperluan domestik, khususnya di masa perayaan yang sentiasa dibelit kekurangan bekalan daging.

Akan tetapi proses pemberian projek yang ada kepentingan awam seperti NFC masih dibelengu budaya kroni yang merugikan wang rakyat.

Ikuti ulasan isu in di dalam klip video berikut.

Orang Kuat Taib Mahmud Hendak Sertai Pas?

Mohd Sayuti Omar

Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.
Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.

Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri.

Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit.

Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royalti minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN.

Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor.

Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru.

Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu. [wm.kl.12:10 t/hari 24/03/12] "