"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor psikik bedah mata pesakit guna pisau dapur tanpa ubat bius (Gambar)


GAMBAR 23 Februari 2012 menunjukkan Joao Teixeira de Faria menggunakan pisau ketika membedah mata seorang wanita.
ABADIANIA, Brazil: Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius.

Baru-baru ini, Faria cuma menggunakan sebilah pisau dapur untuk membuang sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.

Arguelles, 29, kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis.

Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sebanyak 80 peratus seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik pada setiap hari.

"Doktor-doktor perubatan moden boleh berkata apa sahaja tentang kaedah perubatan ajaib ini tetapi saya tidak peduli," katanya.

Namun, de Faria menafikan dia memiliki sebarang kuasa ajaib ketika ditemu bual oleh agensi berita Associated Press (AP) di sini.

"Tuhan yang menyembuhkan pesakit saya. Saya cuma perantara yang mengubati mereka," katanya.

De Faria yang berasal dari sini, barat daya ibu kota Brazil, Brasilia memberitahu, dia sudah lima dekad melakukan pembedahan psikik.

Kata de Faria, dia akan menggunakan kebolehannya untuk memukau pesakit agar tidak merasa sakit semasa dibedah.

Menurutnya, dia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pesakitnya tetapi menerima sumbangan dalam bentuk derma daripada mereka. 

Perkataan ‘Allah’: PAS sifatkan PBS berniat jahat

Mohd Firdaus
SANDAKAN, 25 Mac: PAS Sabah hari ini mendesak Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Herbert Timbon Lagadan menarik balik kenyataan yang disifatkan berniat jahat serta bersangka buruk mengenai jaminan PAS kepada masyarakat Kristian dalam penggunaan perkataan ‘Allah’.

Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah menegaskan bahawa, sangkaan Herbert sengaja menutup fakta tentang kesungguhan PAS yang mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat penganut Kristian seperti yang berlaku di Mesir dan Selangor beberapa tahun lalu.

“Satu keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan di Sandakan telah memutuskan untuk mendesak Naib Presiden PBS itu menarik balik balik tuduhan yang berniat jahat berkaitan kenyataan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang secara jujur menegaskan pendirian PAS berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penganut Kristian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS Sabah melalui Dewan Ulamaknya bersedia untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS mengenai isu penggunaan perkataan ‘Allah’ itu.

“PAS Negeri Sabah melalui Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah menghulurkan tangan sebagai tanda kesediaan untuk mengadakan dialog berkaitan pendirian PAS dengan Datuk Herbert atau sesiapa sahaja bagi maksud menjelaskan pendirian PAS.

“PAS Sabah mempunyai ramai intelektual muslim yang bersedia memberikan hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan sejarah zaman lampau tentang perkataan Allah yang telah digunakan oleh penganut agama Samawi,” jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Sabah.

Kisah menarik wanita Kristian bertudung yang berbicara tentang Islam

EraMuslim
 
Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan telah memakai tudung:

"Saya sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.

Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.

Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, "Bersikaplah baik satu dengan yang lain." Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.

Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.