ZIKRI ABDULLAH
Sumber kewangan sejumlah RM5 juta yang akan digunakan Syarikat Climate Protectors untuk membayar Kerajaan Negeri Kelantan menjelang Januari depan dipersoal kerana sehingga ini tiada sebarang aktiviti dijalankan berkaitan karbon kredit.
Adun Salor Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sendiri mengaku Climate Protectors belum berbuat apa-apa.
"Pengarah Hutan pula beritahu surat permohonan memasuki hutan pun belum diterima," katanya dalam satu kenyataan.
Sedangkan menurut beliau syarikat EcoBit menyandarkan aktiviti penjualan wang mayanya kepada kelulusan sejuta ekar oleh kerajaan dan telah pun mengutip berjuta ringgit, sebelum menarik balik dakwaan itu selepas ditegur.
"Perjanjian ditanda tangani Januari tahun ini.
"Bermakna, sudah enam bulan berlalu, Climate Protectors belum berbuat apa-apa.
"Tinggal lima hingga enam bulan sahaja lagi untuk Climate Protectors membuat pembayaran pertama kapada Kerajaan Negeri seperti perjanjian, iaitu pembayaran dibuat sekali setahun di bulan Januari setiap tahun bermula Januari 2018," katanya.
November dan Disember katanya adalah musim tengkujuh di Kelantan.
"Bermakna tinggal empat bulan untuk Climate Protectors memasuki hutan untuk menyukat jumlah keupayaan serapan karbon serta memeriksa hutan dan menyiapkan laporan.
"Ini belum mengambil kira jadual untuk memasarkan karbon di pasaran antarabangsa, termasuk di Climate Exchange Chicago yg disebut oleh Exco Datuk Anuar Tan.
Sedangkan katanya, bursa ini telah ditutup agak lama.
http://money.cnn.com/2010/11/17/news/economy/climate_exchange/index.htm
"Agak lucu Exco yg lain boleh menelan semua info betul atau tidak begitu saja.
"Mereka sudah keletihan mentadbir Kelantan atau terlalu sibuk dengan 'urusan-urusan.
"Apa yang disibukkan oleh Climate Protectors dalam enam bulan sebelum ini," soalnya.
Penasihat Amanah Kelantan itu juga mengimbas kembali kenyataan Datuk Anuar Tan memberitahu dalam Dun Kelantan bahawa kelulusan dasar untuk projek ini sudah berlaku sejak 2014.
"Tentulah Climate Protectors mempunyai cukup masa untuk membuat persediaan sejak lama sebelum perjanjian ditanda tangani lagi.
"Kenapa belum sempat memeriksa hutan.
"Kalau hutan tidak diperiksa, bagaimana pembayaran hendak dibuat dari penjualan serapan karbon atas hutan ini?
"Atau Climate Protectors atau Ceo Climate Protectors atau pengurusannya mempunyai niat membuat pembayaran itu dari sumber lain," soal beliau yang juga Naib Presiden Amanah
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Ustaz Ahmad Awang sekolahkan Timbalan Presiden Isma
'Urus ekonomi dengan baik pun agenda Islam'
MALAYSIA DATELINE

Sesebuah kerajaan yang memerintah harus memberi keutamaan kepada menguruskan ekonomi dengan baik bagi membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan kerana ia termasuk dalam agenda Islam.
"Membawa agenda ekonomi untuk membantu rakyat keluar daripada belengu kemiskinan juga adalah satu daripada agenda Islam.
Ustaz Ahmad Awang "Menguruskan ekonomi dengan baik, adil dalam membahagikan harta negara kepada rakyat serta memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat," kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ustaz Ahmad Awang.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya bahawa janji 100 Pakatan Harapan (Harapan) selepas mengambil alih Putrajaya tidak menyentuh aspek Islam dan tiada usaha memperkasakan Islam.
Ahmad berkata, amat sempit pemikiran mereka yang menganggap agenda Islam hanya tertumpu kepada banyaknya kuliah ataupun ceramah-ceramah agama sedangkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.
"Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan keadilan itu sangat diperlukan dalam pembangunan, dan ketidakadilan akan menyebabkan kemusnahan kepada ketamadunan," katanya.

Khamis lalu, selepas pengumuman struktur Harapan, Pengerusi baru Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan antaranya akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pakatan Harapan mengumumkan rancangannya untuk 100 hari pertama selepas mengambil alih Putrajaya.
Membaca kenyataan gabungan itu, pengerusi baru HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa ia, antara lain, akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Selain itu, perkara-perkara yang dirancang untuk dilakukan adalah menstabilkan harga petrol; memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat; memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh; memerangi rasuah hingga ke akar umbi; menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB; dan memulihkan Felda.
Harapan juga berikrar akan mengembalikan semula dana awam yang telah hilang melalui skandal besar 1MDB.
Gadis nyaris dirogol di tandas stesen minyak (Gambar)
Seorang gadis nyaris menjadi mangsa rogol ketika berhenti untuk membuang air kecil di sebuah tandas milik sebuah stesen minyak di Batu 30, Machang Kelantan pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, wanita itu bersendirian ke tandas tersebut kerana kakaknya sedang bercakap di telefon.
Difahamkan ketika kejadian, tandas kosong kecuali salah satu daripada empat tandas itu berkunci.
Ketika mangsa masuk ke dalam tandas, tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang memanjat dari tandas bersebelahan sebelum cuba merogolnya.
Menurut posting abang ipar kepada gadis itu yang menceritakan mengenai detik cemas tersebut, mangsa menjerit dan meronta-ronta untuk dilepaskan.
“Si h**** jadah tu dah cium, meraba semua… adik aku cuba telefon wife aku tapi telefon kena tepis si haram ni.
“Dalam keadaan bergelut tu, adik aku dapat gigit si h**** jadah tu, tapi dia dengan muka tak ada perasaan terus juga agenda merogol dia,” demikian menurut posting di Facebook yang menjadi tular pada Sabtu.
Suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu tidak memakai seluar dan hanya berbaju ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Namun, gadis itu bernasib baik apabila jeritannya didengari seorang wanita yang kebetulan mahu menggunakan tandas.
Wanita itu kemudian bertindak mendapatkan bantuan dan seorang lelaki masuk ke dalam tandas tersebut.
Namun, suspek yang menggelabah selepas terdengar suara lelaki masuk ke dalam tandas itu bertindak memanjat semula ke tandas bersebelahan.
“Adik aku pun buka pintu tandas dan terus berlari keluar tanpa fikir apa-apa. Dengan muka pucat lesi adik aku berlari masuk ke dalam kereta. Tudung dah koyak, handphone dan cermin mata entah ke mana,” tulis abang iparnya.
Hasil tindakan pantas orang ramai, suspek dikepung dan ditangkap sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Machang.
Abang ipar gadis itu mendakwa mangsa mengalami trauma teruk susulan insiden tersebut dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pada masa sama, abang ipar mangsa turut mengingatkan wanita di luar sana supaya sentiasa berhati-hati semasa hendak ke tandas di mana-mana stesen minyak.
“Tolong teman adik-adik, akak, mak korang yang pergi ke toilet stesen minyak ke… RNR ke… masjid ke… jangan biar pergi berseorangan… Anda bayangkan adik aku yang umur 20-an pun boleh melawan sikit je. Kalau mak kita yang dah tua? adik-adik baru belasan tahun? aku tak tahulah jadi apa,” katanya. – mStar
Langgan:
Catatan (Atom)
