"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkejut lihat pemandu ‘lepas hajat’ di lampu isyarat

KOSMO!
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di Thread.
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu melepaskan hajat ketika memberhentikan kenderaan di lampu isyarat mendapat kecaman orang ramai.

Melalui satu rakaman yang tular di laman Thread, pemandu berkenaan dilihat keluar dari kenderaannya ketika lampu isyarat merah dan terus membuang air kecil di situ.

“Bila hujan naiklah bau hancing angkara spesis pengotor begini,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu berkenaan yang dikatakan tidak menjaga kebersihan tempat awam.

“Kalau aku dekat belakang aku hon saja sampai bateri kereta lemah,” kata henna.

“Dah tak ada tandas ke dekat negara kita ini sampai nak kencing merata-rata,” kata Syahidan.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kemungkinan individu berkenaan mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan dia berbuat demikian.

“Tapi kan, mungkin dia ada masalah kesihatan contoh – prostate, diabetes. Lampin dewasa RM6 ke RM8 sekeping, jangan cepat sangat menilai bila kita tak tahu punca dia. Tapi, kalau dia sihat dan buat begitu memang patut kena marah,” kata Itsme.

“Saya agak kesian sebab orang tua kebanyakan susah nak tahan kencing tapi terlalu ego nak pakai lampin atau mahal untuk dibeli sebagai keperluan harian,” kata Damia. – KOSMO! ONLINE

Polis wanita positif empat jenis dadah di pusat hiburan ditahan

AZMI NORDIN

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis wanita ditahan dalam Operasi Hiburan sempena ambang sambutan Tahun Baharu 2025 di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, suspek yang berusia 26 tahun jtu didapati positif empat jenis dadah ketika pemeriksaan dilakukan.

Kata beliau, suspek ditahan sekitar pukul 2 pagi ketika operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Suspek, yang sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor telah dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan awal ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, suspek telah direman selama dua hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE.

Polis kesan 3 individu didakwa sebar Kristian

FMT Reporters
Tangkap layar video individu didakwa menyebar agama Kristian yang tular di media sosial.
PETALING JAYA: Polis mengesan tiga individu didakwa menyebarkan agama Kristian di depan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 30 Dis lalu.

“Polis mengesahkan telah menerima satu laporan pada 10.19 malam berhubung satu video tular dakwaan tiga individu menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya, Desa Setapak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan usaha mengesan individu terbabit sedang dilakukan bagi membantu siasatan.

Video perbuatan individu terbabit dipercayai warga asing tular di media sosial.

Mereka dikatakan menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian sebelum ditegur seorang individu, lalu beredar dari lokasi berkenaan.