"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru yoga culik mangsa rogol selepas keluar penjara

KUALA LUMPUR: Seorang guru yoga yang kini dibicarakan di mahkamah atas tuduhan merogol dua gadis yang juga bekas pelajarnya sanggup menculik dua gadis itu sebaik dibebaskan sebelum membuat satu rakaman video dengan memaksa mereka membuat pengakuan kononnya dia tidak bersalah.

Difahamkan, guru yoga berusia 55 tahun bertindak menculik dua remaja itu berikutan takut menerima hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya.

Sumber polis berkata, guru yoga itu baru dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh selepas tiga bulan meringkuk dalam penjara sebelum bertindak mencari semula bekas pelajarnya itu.

“Sebaik dibebaskan, suspek memandu kereta dan menunggu mangsa di kawasan berhampiran sekolah mangsa di Batang Kali.

“Sebaik melihat mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun berjalan pulang ke rumah, suspek dengan segera bertindak memaksa mereka masuk ke dalam keretanya dan mengugut akan mencederakan keluarga mangsa jika enggan mengikut arahannya,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek di Batu Caves. Sebelum ini, mangsa pernah dikurung di rumah sama.
-hmetro-

Apakah Pendedahan Mengenai Anwar Seterusnya?

Mohd Sayuti Omar
SELEPAS membuat pendedahan sungguh tidak bermoral dan mencemarkan maruah negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dengan penayangan video lucah yang menjelekkan, Eskay menjanjikan akan membuat satu lagi kejutan minggu depan, akan mendedahkan satu lagi menggemparkan tentang Anwar Ibrahim.

Katanya apa yang akan didedahkan itu memberi implikasi lebih teruk lagi daripada pendedahan video yang dikatakan melibat Anwar Ibrahim. Apakah pendedahan itu? Ia menjadi tanda tanya. Kini makin jelas niat Eskay terlalu busuk dan hina ke atas Anwar Ibrahim.

Apakah pendedahan seterusnya itu membuktikan pendedahan busuk mengenai video itu bersama Rahim Tamby Chik dan Suhaib Lazim tidak memberi kesan besar. Walaupun video berkenaan sudah tersebar di seluruh dunia, dari ruang jamban hingga ke ruang masjid tetapi ia tidak memberi kesan besar untuk menghancurkan kerjaya Anwar.

Kerana video berkenaan tidak memberi kesan besar maka sesuatu harus direka bagi terus memburukkan Anwar dan mengharu birukan Pakatan Rakyat?

Satu maklumat yang diterima malam ini apa yang bakal didedahkan Eskay itu ialah berhubung dengan apa yang dinamakan sebagai tindak tanduk Anwar yang dilakukan di luar negara terhadap negara ini. Katanya satu ucapan Anwar di sebuah negara jiran akan didedahkan kononnya ia memberi ancaman keselamatan negara.

Dalam ucapan di majlis itu, Anwar dikatakan telah berucap sehingga boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram di negara ini. Di mana dan apakah butiran ucapan Anwar itu sama-sama kita tunggu yang akan didedahkan oleh Eskay.

Menurut maklumat berkenaan Eskay katanya turut berada sama pada majlis berkenaan dan kemungkinan ia ada merakam ucapan atau tindak tanduk Anwar itu. Kalaulah ia hanya semata-mata berdasarkan ucapan Anwar rahsia yang dikatakan menggemparkan itu tidaklah sangat mengejutkan kerana mustahil polis tidak mengetahuinya.

Kata sumber itu mereka yang membenci Anwar sangat berharap apabila ia didedahkan menyebabkan Anwar akan disiasat kemudian ditangkap! Tambahnya juga beberapa orang tokoh Umno sudah pun mengetahui akan butiran yang bakal didedahkan oleh Eskay seperti mana dijanjikan itu. [wm.kl. 11:45 pm 05/05/11]

Mai tengok... banyak mana UMNO Padang Terap sapu duit STDC

Tok Senapi
Cerita UMNO sapu duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) belum habis lagi. Maklumlah panjang senarainya, macam hikayat 1001 malam.

Kali ni kita tengok duit STDC yang UMNO Bahagian Padang Terap ghebiah pulak. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang dighebiah pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. (Tarikh pembayaran: 29.05.07, no cek: 2243).

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. (30.05.07, no cek: 541757).


3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyakRM26,150.00. (01.01.08, no cek: 631831).

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. (01.01.08, no cek: 631851)

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00. (23.01.07, no cek 502564)

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang TerapRM10,000.00 (16.01.08, no cek 631876)

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 (15.02.08, no cek 631876)

Berapa jumlah semua? Ambik calculator kira sendirilah..

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN