"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Bekas Imam Masjid Negara Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz

NASUHA RAHMAN Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH 
Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Hassan Mahmud
Bekas Imam Masjid Negara Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz yang diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini, menyifatkan perjuangan parti itu mirip kepada Islam sekali gus sesuai dengan selera beliau.

Katanya, kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu telah mendorong beliau untuk menyertai AMANAH yang akan membawa perubahan dan perkembangan yang baik kepada Islam dan umat Melayu.

“AMANAH asalnya daripada Pas kebanyakkan ia adalah rakan-rakan yang sama juga daripada Pas, hati saya mula kasih sesama kawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline semasa membuat rawatan kesihatan di sebuah hopital swasta di ibu kota pada hari ini.

Hassan yang sebelum ini merupakan ahli Pas seumur hidup memilih AMANAH kerana parti itu kini mempunyai kuasa di dalam kerajaan dengan beberapa pimpinan telah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Kuasa itu penting, rakan-rakan di dalam AMANAH telah diberi sedikit kuasa dalam mentadbir negara ini jadi peluang untuk membuat benda baik boleh dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan sahabat-sahabatnya di dalam AMANAH agar jangan melepaskan sifat lemah-lembut yang dituntut Allah di dalam melaksanakan pentadbiran mereka dengan rakyat.

“Tolong elakan daripada memiliki sifat-sifat keras, seram dan perasaan ego itu letak ke tepi kerana dalam sejarah orang yang bersifat keras, orang yang tidak berjaya,” katanya.

Di usia mencecah umur 70 tahun ini, Hassan yang pernah menjadi pengetua di dalam sebuah program televisyen Imam Muda pada 2010 lalu, tidak pernah terfikir untuk menjawat apa-apa jawatan.

“Tidak perlu lagi perkara dunia, kejar duit sudah sampai ke kemuncak tidak perlu apa-apa jawatan,” ujarnya yang kini aktif di dalam aktiviti NGO melalui Ibtisam Group.

Pada program Sambutan 3 Tahun AMANAH di Temerloh pada 22 September baru-baru ini tokoh al-Quran itu diumumkan menyertai AMANAH oleh Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Walaubagaimanapun, Ustaz Hassan tidak dapat hadir ketika itu kerana baharu pulang dari Makkah.

Anak rogol ibu, pekerja kilang diperintah bela diri

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Tertuduh (tengah) diiring keluar dari mahkamah seksyen Taiping oleh anggota polis bertugas.

TAIPING - Seorang pekerja kilang diperintahkan membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini, hari ini meminda pertuduhan daripada merogol kepada mencabul ibu kandungnya, tahun lalu.

Hakim, Che Noralashiken Abd Razak membuat keputusan itu terhadap tertuduh berusia 22 tahun itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap ibunya berusia 50 tahun pada 8 Mac tahun lalu.

Tertuduh yang bekerja di sebuah kilang tayar didakwa melakukan perbuatan itu di rumah keluarga mereka di Kamunting pada jam 7 malam.

Pertuduhan pada asalnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kemudiannya dipinda mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu pada akhir kes pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun mengemukakan enam saksi pendakwaan termasuk mangsa sepanjang perbicaraan.

Tertuduh pula diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M Kathan.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 16 Mac tahun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Sabri Ismail.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 selain mensyaratkan suspek tidak mendekati mangsa sepanjang tempoh jaminan.

Sepupu kecewa Amanah abaikan Nik Omar

Faiz Zainudin
Mohd Sabri Salleh (Kanan) mahu Nik Omar Nik Aziz (Kiri) diberi tempat dalam Jakim. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Sepupu pemimpin Amanah, Nik Omar Nik Abdul Aziz kecewa dengan pucuk pimpinan parti yang seakan-akan mengabaikan anak bekas mursyidul am PAS itu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Mohd Sabri Salleh berkata Nik Omar sebelum ini merupakan watak penting ketika berkempen.

“Sepatutnya pemimpin baru macam Nik Omar diangkat untuk bina imej baru kepada Pakatan Harapan (PH), tapi tidak ada apa-apa tindakan daripada pimpinan pusat.

“Sebagai contoh Nik Omar buat kutipan derma untuk sekolah tahfiznya, itu saya pelik ustaz Kazim
boleh RM50,000 senang-senang untuk tahfiz, sedangkan Nik Omar betul-betul bantu PH terpaksa kutip derma buat majlis makan laksa.

“Harapan saya bukan sahaja untuk Nik Omar tapi kepada Datuk Husam (Musa) juga sebab pengaruh beliau boleh pergi jauh dan tarik pengaruh jika diberi kedudukan penting dalam parti.

“Begitu juga Nik Omar kalau diberi tempat seperti di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), beliau boleh bawa satu gelombang di Kelantan,” katanya kepada FMT.

Sabri merupakan adik Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr Nik Zawawi Salleh.

Beliau merupakan individu yang membuat laporan polis terhadap Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebelum PRU14 yang kononnya PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Tak akan patah balik kepada Amanah

Pada 10 September lalu, Sabri mengumumkan keluar Amanah dan melepaskan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Amanah Pasir Puteh.

Katanya, keputusan itu tidak dibuat secara tergesa-gesa malah melalui penelitian sejak beberapa bulan lalu.

“Saya tidak berpuas hati dengan pemimpin pusat terutamanya presiden (Mohamad Sabu) yang dilihat gagal menyelesaikan isu parti yang timbul, sebagai contoh serangan dibuat (ahli Amanah) ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak puas hati dengan presiden sudah lama dari pembahagian kerusi lagi, sebagai contoh beliau tanding kerusi Kota Raja milik Dr Siti Mariah (Mahmud) itu tidak patut,” katanya.

Sabri juga berkata beliau tidak akan berpatah balik menyertai Amanah selepas kecewa dengan pimpinan parti itu.

“Setakat ini saya akan berkecuali dulu, tidak buat keputusan sama ada mahu sertai parti lain.

“Ada pemimpin dari Amanah pujuk supaya kembali kepada Amanah, saya tidak akan patah balik kepada Amanah,” katanya sambil menambah tidak ada pemimpin PAS memujuknya.

Sabri turut mendakwa terdapat sikap merebut jawatan dalam Amanah sepertimana berlaku dalam Barisan Nasional.

“Sikap kejar kuasa itu memamg mana-mana parti ada, benda itu tidak kira parti mana,” katanya.

Ditanya peluang PH merampas Kelantan pada PRU akan datang, Sabri berkata berdasarkan situasi ketika ini, sukar untuk gabungan itu menang walaupun bergabung dengan Umno sekalipun.

“Rakyat Kelantan jiwa mereka lain, lebih-lebih lagi bila PH tidak tonjol pemimpin agama, sebab rakyat Kelantan mahu pemimpin Islamik dan ada jiwa agama,” katanya.

Ditanya hubungan beliau dengan keluarga yang masih bersama PAS selepas pilihan raya, Sabri berkata keadaan baik cuma sedikit dingin.

“Hubungan tidak ada masalah, cuma dingin sedikit tapi tidak sampai putus hubungan,” katanya.