"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Bekas Imam Masjid Negara Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz

NASUHA RAHMAN Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH 
Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Hassan Mahmud
Bekas Imam Masjid Negara Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz yang diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini, menyifatkan perjuangan parti itu mirip kepada Islam sekali gus sesuai dengan selera beliau.

Katanya, kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu telah mendorong beliau untuk menyertai AMANAH yang akan membawa perubahan dan perkembangan yang baik kepada Islam dan umat Melayu.

“AMANAH asalnya daripada Pas kebanyakkan ia adalah rakan-rakan yang sama juga daripada Pas, hati saya mula kasih sesama kawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline semasa membuat rawatan kesihatan di sebuah hopital swasta di ibu kota pada hari ini.

Hassan yang sebelum ini merupakan ahli Pas seumur hidup memilih AMANAH kerana parti itu kini mempunyai kuasa di dalam kerajaan dengan beberapa pimpinan telah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Kuasa itu penting, rakan-rakan di dalam AMANAH telah diberi sedikit kuasa dalam mentadbir negara ini jadi peluang untuk membuat benda baik boleh dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan sahabat-sahabatnya di dalam AMANAH agar jangan melepaskan sifat lemah-lembut yang dituntut Allah di dalam melaksanakan pentadbiran mereka dengan rakyat.

“Tolong elakan daripada memiliki sifat-sifat keras, seram dan perasaan ego itu letak ke tepi kerana dalam sejarah orang yang bersifat keras, orang yang tidak berjaya,” katanya.

Di usia mencecah umur 70 tahun ini, Hassan yang pernah menjadi pengetua di dalam sebuah program televisyen Imam Muda pada 2010 lalu, tidak pernah terfikir untuk menjawat apa-apa jawatan.

“Tidak perlu lagi perkara dunia, kejar duit sudah sampai ke kemuncak tidak perlu apa-apa jawatan,” ujarnya yang kini aktif di dalam aktiviti NGO melalui Ibtisam Group.

Pada program Sambutan 3 Tahun AMANAH di Temerloh pada 22 September baru-baru ini tokoh al-Quran itu diumumkan menyertai AMANAH oleh Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Walaubagaimanapun, Ustaz Hassan tidak dapat hadir ketika itu kerana baharu pulang dari Makkah.

Tiada ulasan: