"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peserta Miss Universe Indonesia dakwa diminta tanggal pakaian dalam

Agensi
PERTANDINGAN Miss Universe Indonesia berakhir 3 Ogos lalu. FOTO Facebook
PERTANDINGAN Miss Universe Indonesia berakhir 3 Ogos lalu. FOTO Facebook
Jakarta: Enam peserta pertandingan Miss Universe Indonesia memfailkan aduan kepada polis, mendakwa penganjur melakukan gangguan seksual apabila mereka diminta menjalani 'pemeriksaan badan' tanpa baju, kata peguam mereka pada Selasa.

Polis mengesahkan bahawa peserta memfailkan laporan itu dan ia akan disiasat, lapor The Straits Times yang memetik Reuters.

Pertandingan ratu cantik itu diadakan di ibu negara Jakarta dari 29 Julai hingga 3 Ogos.

Peserta terbabit berkata, penganjur meminta lima daripada mereka menanggalkan pakaian dalam untuk pemeriksaan fizikal di dalam bilik dengan lebih 20 orang turut berada di situ, termasuk lelaki.

Mereka kemudian diambil gambar dalam keadaan sedemikian, kata peguam peserta itu, Mellisa Anggraeni.

Peguam itu berkata, tiada keperluan untuk pemeriksaan sedemikian dan justeru itu, enam peserta itu memfailkan aduan.

Pertubuhan Miss Universe dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan ia sedang meneliti perkara berkenaan.

"Miss Universe memandang serius dakwaan gangguan seksual. Menyediakan tempat selamat untuk wanita adalah keutamaan Pertubuhan Miss Universe," katanya.

Seorang pengadu memberitahu pada sidang akhbar yang disiarkan oleh saluran berita Kompas TV, bahawa dia diminta untuk bergambar secara tidak wajar, termasuk dengan melebarkan kakinya.

"Saya rasa seperti sedang diintai. Saya sangat keliru dan tidak selesa," kata wanita yang tidak disiarkan namanya itu dan penyiar televisyen turut mengaburkan wajahnya.

Reuters cuba menghubungi syarikat yang mengendalikan pertandingan Miss Universe Indonesia, PT Capella Swastika Karya, dan pengasas syarikat itu, Poppy Capella, melalui akaun media sosial mereka, tetapi tiada respons.

Reuters tidak dapat mencari butiran talian hubungan untuk jurucakap syarikat. Pertubuhan Miss Universe juga tidak segera menjawab permintaan menerusi e-mel untuk komen mengenai dakwaan itu.

Jurucakap polis Jakarta, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata, laporan daripada peserta diterima pada Isnin, dan ia akan disiasat.

Kumpulan agama di Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, pada masa lalu membantah pertandingan ratu cantik.

Taikun media selebriti Thailand dan peguam bela hak transgender, Jakapong 'Anne' Jakrajutatip membeli Pertubuhan Miss Universe pada harga AS$20 juta (kira-kira RM91.6 juta), tahun lalu.

Pertandingan di Jakarta diadakan untuk memilih penyertaan Indonesia untuk pertandingan Miss Universe tahun depan yang akan diadakan di El Salvador, akhir tahun ini.

Pertandingan oleh Pertubuhan Miss Universe, yang kini dimiliki bersama oleh Donald Trump antara 1996 dan 2002, berlangsung sejak 1952.

Saifuddin dakwa ada kes kecurian baru REE di Sik

Bernama

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail mendakwa terdapat satu lagi kes kecurian unsur nadir bumi (REE) berlaku di dalam kawasan milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, baru-baru ini.

Dia yang juga menteri dalam negeri berkata kes terbaru berlaku di kawasan Bendang Man, Sik, iaitu terletak kira-kira 10 hingga 15 kilometer dari Hutan Simpan Bukit Enggang iaitu kawasan berlakunya kecurian sebelum ini.

Katanya polis telah membuat tangkapan serta merampas lima guni disyaki berisi REE yang dibawa keluar daripada kawasan berkenaan didakwa bagi tujuan persampelan.

"Difahamkan tangkapan telah dibuat tetapi saya tidak pasti berapa jumlah yang ditahan, itu kena rujuk dengan pihak polis. Mereka kata REE itu untuk sampel penerokaan...kalau untuk sampel, kenapa sampai lima guni yang dibawa keluar.

“Tetapi, saya boleh sahkan memang ada surat bertarikh 3 Mei 2023 yang memberi kebenaran untuk memasuki tanah milik MBI di Kampung Bendang Man itu,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR di Alor Setar, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor selaku pengerusi MBI perlu memberi penjelasan bagaimana CEO MBI Kedah Muhammad Sobri Osman boleh mengeluarkan surat kepada Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd untuk memasuki dan melakukan penerokaan di kawasan itu.

“Apa tujuan membenarkan mereka masuk ke kawasan MBI? Kalau Mahir Binari Sdn Bhd sebelum ini diberi kebenaran masuk untuk kerja pembukaan ladang hutan, manakala Jangka Bakat ini pula bertujuan untuk pengambilan sampel.

“Sama ada ladang hutan atau pengambilan sampel, perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia membuka pintu insiden kecurian berlaku di kawasan berkenaan,” katanya.

Justeru, Saifuddin menyeru rakyat Kedah supaya memberi mandat kepada kerajaan perpaduan pada PRN ini bagi menghentikan kecurian itu.

“Kalau menang kita akan hentikan kecurian REE ini dan akan batalkan semua surat yang telah diluluskan. Kita juga akan guna semua bidang kuasa untuk pastikan siasatan berterusan serta akan memberi kerjasama yang baik kepada polis dan SPRM,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution telah melakukan beberapa siri pendedahan berhubung kecurian REE di Bukit Enggang dan mendakwa kecurian itu berlaku dengan pengetahuan Muhammad Sanusi.

-Bernama

Goyangkah Mohd Amar dengan gerakan 44-1 di Panchor?

N Faizal Ghazali
story-image
Kurang dari 48 jam saja lagi menjelang bermulanya detik penentuan, persaingan politik di Kelantan bukan saja melibatkan dua kutub yang berbeza.

Kali ini PAS - selaku parti kerajaan negeri - juga diduga dengan kemelut dalaman yang lebih bergelora dari biasa.

Berpusat di kawasan kubu kuat PAS seperti Panchor, penyandang kerusi itu Mohd Amar Abdullah perlu juga mengatur langkah untuk meredakan kemarahan sesetengah ahli partinya.

Di Panchor ada gerakan “tolak Nik Amar” yang merujuk kepada ahli politik veteran tersebut.

Ia dilihat bertitik tolak daripada gesaan Nik Din Nik Mat yang meminta pengundi Panchor menolak Mohd Amar gara-gara tercicirnya nama Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon di DUN Chempaka.

Nik Din merupakan adik kepada bekas menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Entah berkaitan entah tidak, pada masa sama muncul kain pemidang yang menghantar isyarat agar Mohd Amar diketepikan daripada calon yang menang.

Gesaan itu memang agak bijak kerana memanfaatkan sentimen pengundi setia PAS Kelantan.

Dengan tanda pagar #44-1, ia tidak menyarankan orang ramai menolak PAS, sebaliknya cuma mengetepikan ahli politik berprofil tinggi berkenaan.

Secara umum Mohd Amar tidak berdepan banyak kesukaran untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2004 itu dan ia dianggap salah satu kawasan paling selamat buat PAS Kelantan.

Malah berdepan calon muka baru mewakili PH-BN, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain, sudah tentu kelebihan berpihak kepada Mohd Amar.

Gerakan di media sosial

Perlu diingat tidak pernah lagi ada mana-mana ahli politik di luar PAS pernah berjaya merampas kerusi Panchor sejak 1995.

Turut memberi kelebihan kepada Mohd Amar ialah statusnya sebagai naib presiden PAS dan timbalan menteri besar.

Namun riak dan gelombang yang cuba menggugat kedudukan Mohd Amar itu agak berbeza dari biasa dan kesannya juga sukar diramal, sama ada sekadar seperti angin lalu di Jambatan Pak Nik Lah di sungai Pengkalan Datu, atau sebaliknya.

Pada masa sama gerakan "tolak Nik Amar" dilihat tidak terlalu menonjol dan hanya ada beberapa pendekatan kecil dibuat hasil inisiatif kumpulan-kumpulan tertentu saja.

Itu pun tidak diketahui apakah penggeraknya merupakan benar-benar penyokong Mohd Amar yang berpaling tadah atau mereka yang sememangnya bukan penyokong PAS.

Justeru kebarangkalian yang ada itu tidak memberi gambaran jelas wujudnya gelombang yang boleh meruntuhkan PAS di Panchor yang terletak dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa itu.

Suasana hangat hanya tertumpu di tempat tertentu dan boleh dilihat melalui komen-komen di media sosial, selain ada usaha mengumpulkan pengundi untuk "tolak Nik Amar" melalui kumpulan WhatsApp atau Telegram.

Ada juga cubaan menghasut dibuat dengan gantungan kain rentang, tetapi itu pun tidak terlalu meluas.

Perkara itu bakal menjadi kayu ukur untuk melihat sejauh mana keberkesanan gerak kerja akar umbi dan sikap pengundi yang akan diterjemahkan pada kertas undi Sabtu ini.

Sekurang-kurangnya ia akan menjadi petunjuk kepada parti-parti lain untuk mencari alternatif bagi memecah hegemoni PAS di kerusi-kerusi tradisi mereka pada masa akan datang.

Lebih-lebih lagi ketika PAS meraih sokongan besar termasuk daripada pengundi muda semasa PRU ke-15 pada tahun lalu.

Sebelum ini Mohd Amar sudah menyatakan betapa sokongan kepada PAS di Kelantan kekal pada tahap selesa dan yakin partinya mampu mempertahankan Kelantan.

Peluang PH di Kota Lama

Bahkan dia menyatakan keyakinan itu dengan lebih jauh: tidak menolak kemungkinan PAS-PN mampu menyapu bersih semua 45 kerusi DUN Kelantan.

Sementara itu, satu lagi kerusi yang menjadi tumpuan adalah DUN Kota Lama. Ia disebut-sebut sebagai peluang terbaik untuk PH membuka tapak pertama mereka di Kelantan.

PH mempertaruhkan pemimpin Amanah Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim, manakala PAS mempertaruhkan bekas pegawai tadbir negeri, Zamri Ismail. Turut menyertai persaingan di situ ialah dua lagi calon iaitu mewakili Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas.

Secara umum peluang antara calon PH dan PAS di Kota Lama adalah 50-50. Pun begitu ada sedikit ruang yang mungkin dapat memberi kelebihan kepada calon PH apabila PAS tidak lagi mengetengahkan tokoh daripada kaum Cina seperti sebelum ini.

Untuk rekod DUN Kota Lama diwakili Anuar Tan Abdullah sejak lima penggal lalu sebagai wakil rakyat PAS.

Pengundi Cina di Kelantan kebiasaannya tidak menunjukkan masing-masing secara terbuka kerana lebih selesa sebagai ‘pengundi senyap’. Kecuali dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam organisasi politik seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS, ahli jawatankuasa DAP atau MCA di kawasan itu.

Tinjauan Malaysiakini dengan pengundi Cina di Kota Lama mendapati sikap tersebut diambil bagi menjaga hubungan dalam masyarakat selain kelestarian perniagaan.

Kota Lama mempunyai lebih 30 peratus mengundi Cina yang dijangka berpihak kepada PH berdasarkan aspek-aspek tertentu.

Di samping itu jika diambil kira faktor penglibatan calon dalam politik, kelebihan memihak kepada Hafidzah berbanding Zamri yang benar-benar muka baru ditonjolkan PAS.

Hafidzah merupakan ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan yang pernah bertanding di DUN Tanjong Mas pada 2018 dan Parlimen Kota Bharu pada PRU ke-15 tahun lalu.

Walaupun tewas undi yang diterima Hafidzah agak banyak dan jika dicampur dengan sokongan yang diberikan pengundi kepada calon BN, ia memadai untuk parti kerajaan perpaduan memenangi DUN Kota Lama.

Namun sebagai bekas pegawai tadbir negeri - termasuk pernah menerajui Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - Zamri juga memiliki kelebihan.

Pengamatan Malaysiakini sepanjang kempen, kedua-dua calon itu mengambil pendekatan konservatif iaitu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pengundi, selain ceramah kelompok.

Turut menjadi tumpuan ialah persaingan di DUN yang disandang wakil rakyat BN seperti Kok Lanas, Galas, Paloh, Nenggiri, Ayer Lanas dan Gual Ipoh.