"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengkhianat: Pegawai PBT ditahan terima rasuah RM26,000 daripada pemilik syarikat ‘runner’

BERNAMA

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai pihak berkuasa tempatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM26,000 daripada pemilik sebuah syarikat ‘runner’ atau perantara.

Wang itu dipercayai sebagai balasan untuk membantu dan mempercepat urusan pengeluaran lesen perniagaan serta tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 10.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2023.

“Dia dipercayai menerima wang rasuah menerusi beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Khalwat: Taktik menyorok dalam lubang bawah lantai tak menjadi, lelaki dicekup berkhalwat dengan janda

Azizi Majid
am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Cubaan seorang lelaki bersembunyi di dalam lubang di bawah lantai sebuah rumah di daerah ini gagal apabila dia dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus janda oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai berjaya mengelak daripada dikesan dalam pemeriksaan terdahulu dengan menggunakan taktik persembunyian sama.

JAINJ dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan pertama dilakukan kira-kira jam 9.20 pagi dua minggu lalu selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan.

"Penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan hampir 30 minit termasuk menggeledah setiap ruang rumah, namun gagal menemui lelaki dimaksudkan sebelum meninggalkan lokasi selepas memberi nasihat kepada seorang wanita di rumah berkenaan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi kedua di dijalankan jam 8.15 malam selepas jabatan itu menerima maklumat daripada pengadu berhubung kehadiran lelaki di rumah sama.

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 30-an yang ditemui mendakwa hanya berada di rumah itu bersama dua anaknya yang ketika itu berada di ruang tamu.

Katanya, pemeriksaan menyeluruh kemudian dilakukan di setiap bilik termasuk bawah katil, dalam almari, celah pintu dan tandas, namun tiada lelaki ditemukan.

"Tidak berpuas hati dengan hasil pemeriksaan, anggota terbabit meneruskan usaha dengan mengalihkan kerusi, meja dan karpet serta memeriksa setiap sudut rumah.

"Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila penguat kuasa mengalihkan sebuah rak pinggan mangkuk sebelum menemui satu ruang tersembunyi yang ditutup menggunakan penutup jubin.

"Sebaik penutup berkenaan dibuka dan disuluh menggunakan lampu suluh, seorang lelaki ditemui sedang mencangkung di dalam lubang berkenaan.

"Lelaki itu kemudian diarahkan keluar sebelum kedua-dua individu terbabit dilihat berada dalam keadaan cemas ketika berdepan penguat kuasa," katanya.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan berstatus bujang dan bekerja di Kota Tinggi, manakala wanita terbabit juga bekerja di daerah sama.

Difahamkan, lelaki itu tinggal bersama keluarganya kira-kira 15 kilometer dari rumah wanita terbabit dan datang ke lokasi menggunakan motosikal yang diletakkan jauh dari kediaman berkenaan.

"Pasangan terbabit mengaku bukan suami isteri, namun mendakwa mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga tetapi belum bersedia berbuat demikian.

"Kedua-dua individu terbabit kemudian ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997," katanya.

Tikam lelaki guna gunting hingga maut, warga Nepal dipenjara 35 tahun

Dawn Chan

KLANG: Lelaki warga Nepal dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki hingga maut menggunakan gunting dalam pergaduhan di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh, Saravanan Periyasamy, 52, atas tuduhan mencederakan seorang wanita berusia 22 tahun yang ditikam pada bahagian tangan ketika cuba melindungi mangsa.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Menerusi alasan penghakiman bertarikh 9 Oktober lalu, Norliza berkata, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata.

Beliau turut menolak dakwaan tertuduh bahawa tindakan itu adalah untuk mempertahankan diri memandangkan bukti menunjukkan tertuduh yang memulakan serangan.

Menurut Norliza, kecederaan yang dialami mangsa, R Sumeen, 23, adalah disengajakan dan membabitkan organ penting.

Perkara itu jelas membuktikan niat Saravanan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Dalam menjatuhkan hukuman, Norliza berkata, mahkamah mengambil kira faktor tertuduh adalah pesalah kali pertama dan berusia 52 tahun ketika kejadian berlaku.

“Tertuduh wajar diberi peluang untuk insaf dan kembali ke pangkuan keluarganya di Nepal selepas selesai menjalani hukuman.

“Masa tidak dapat mengembalikan apa yang telah berlaku antara tertuduh dan mangsa. Mahkamah ini percaya tertuduh menyesali perbuatannya setelah menyedari satu nyawa melayang di tangannya.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia harus dinafikan peluang untuk memulakan hidup baharu,” katanya.

Mahkamah turut mengecualikan tertuduh daripada hukuman sebatan memandangkan usianya sudah melebihi 50 tahun ketika kesalahan itu dilakukan.

Kejadian berlaku pada jam 7.45 malam di rumah pangsa di Taman Chi Liung, Pandamaran, pada 8 Mei 2023.

Lelaki warga Nepal dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki hingga maut menggunakan gunting dalam pergaduhan di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu.