"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Sarawak tidak mahu lagi jadi “penonton” kepada kerakusan Taib Mahmud - Anwar

Rakyat Bumi Kenyalang yang dahagakan perubahan kini bagai bertemu fajar baru setelah hidup dibelenggui kemiskinan akibat rasuah politik dan penyelewengan kuasa di bawah kepimpinan Taib Mahmud untuk hampir tiga dekad.

Harapan baru itu dibawa oleh kesedaran yang semakin menebal bahawa rakyat tidak lagi mahu menjadi “penonton” kepada kerakusan Taib Mahmud dan kroni membolot kekayaan Sarawak termasuk tanah adat dan sumber asil.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menggesa rakyat Sarawak mengukuhkan iltizam untuk melakukan perubahan apabila beliau sekali lagi melakukan lawatan ke negeri Kuching untuk bertemu dengan rakyat negeri ini.

Taib Mahmud dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihanraya tidak lama lagi.

"Sarawak sebuah negeri yang kaya, rakyatnya juga harus kaya". kata Anwar kepada kira 3, 000 hadirin di Kelab Sukan dan Rekreasi di Kampung Sudoh, Singai iaitu sebuah perkampungan di Bau, Sarawak.

Anwar berkata rakyat Sarawak matang dan boleh menilai apa yang berlaku di Sarawak di bawah pemerintahan Taib Mahmud.

Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia tetapi sebilangan besar akyatnya dibelit kemiskinan tegar. dan tetap terpinggir walaupun Taib telah memerintah Sarawak begitu lama.

Ketika pemimpin BN negeri itu dan keluarga bersama kroni hidup senang-lenang, rakyat di negeri itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Negeri Sarawak yang kaya dengan sumber aslinya seperti minyak dan balak dijadikan lubuk emas untuk pemimpin di negeri itu meraih keuntungan peribadi manakala puluhan ribuan rakyat masih hidup tanpa bekalan air bersih atau letrik.

“Prinsip Taib, yang kaya akan terus menjadi kaya dan yang miskin akan terus menjadi miskin,” kata Anwar. “ Adakah ini yang dikata, Rakyat didahulukan, Pencapaian di Utamakan?,kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar berkata Keadilan bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat berjanji untuk memberi tumpuan khusus kepada menangani masalah rasuah yang telah lama menjadi budaya BN, baik di Sarawak, Sabah mahupun Semenanjung.

Penyelewengan kuasa yang membawa kepada projek mega dan kontrak awam diberikan kepada keluarga dan kroni pemerintah akan dihentikan. Kekayaan Sarawak akan dipulangkan kepada rakyat negeri itu.

Anwar berkata angin perubahan yang dibawa oleh Keadilan dan Pakatan jauh lebih besar maknanya bagi mereka yang tinggal di pedalaman Sarawak.
Kehidupan masyarakat Bidayuh yang tinggal di kawasan pedalam di Bau misalnya, akan mendapat perhatian parti itu. Mereka yang tinggal di bandar namun mempunyai berpendapatan rendah, juga akan dibela, kata Anwar.

“Malang bagi Barisan Nasional, masa untuk mereka mengaut keuntungan di Sarawak sudah menghampiri titik noktahnya,” kata Anwar. “Angin perubahan bertiup kencang di bumi bertuah Sarawak…..Melayu, Bidayuh, Dayak atau Melanau, Cina mahu pun India, rakyat di Sarawak sudah serik dengan pentadbiran Taib dan mahukan perubahan,” tambah beliau..

Anwar berkata rakyat Sarawak tidak sanggup lagi menjadi “tukang tonton kepada kayu-kayu balak yang diangkut keluar dari bumi mereka. Rakyat tidak lagi mahu sekadar berbangga sahaja tinggal di bumi yang kaya dengan petroleum dan berbangga sahaja, tidak lebih dari itu.”

Anwar menggesa rakyat Sarawak untuk bangkit pada pilihan raya negeri (PRN-10) dengan iltizam untuk menegakkan kuasa rakyat bagi membawa perubahan yang di inginkan.

Beliau berkata barisan pemimpin dan seluruh jentera Parti Keadilan Rakyat juga siap sedia berjuang untuk membawa perubahan untuk rakyat Sarawak.
Dalam ucapannya Anwar merujuk kepada pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Keadilan di Selangor.

Dalam tempoh setahun, kerajaan negeri itu telah berjaya melancarka pelbagau program termasuk bekalan air percuma, tabung untuk kelahiran baru serta bantuan ekonomi untuk rakyat miskin dari semua kaum.

Selain berucap kepada ribuan rakyat di Bau, Anwar turut merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Mas Gading, Bau di samping hadir pada makan malam bersama penduduk Kampung Sudoh, Bau.

Beliau turut berjumpa dengan masyarakat Tionghua dan penduduk lain di Ibu Pejabat Keadilan Sarawak di Kuching.

Anwar turut melancarkan akhbar Suara Keadilan edisi Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: