"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lawak UBN: Umno nak ajar Afrika perangi rasuah?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini pergi ke Afrika. Maka disana bertemulah dia dengan pemimpin beberapa Negara benua itu.

Menurut laporan media suruhan BN, Muhyiddin mendakwa pemimpin Afrika mahu tahu bagaimana kerajaan Malaysia ( maknanya BN lahtu) memerangi rasuah di Malaysia. Mereka kagum sehingga mahu belajar daripada kerajaan Malaysia. Itu kata Muhyiddin seperti yang dilapor media suruhan BN.

Laporan itu turut disiar dalam alam siber menerusi laman web dan blog. Dan ramai lah rakyat Malaysia yang respon dengan mengulas dan memberi komen. Rata rata negatif. Dan menurut seorang responden, beliau “hampir jatuh daripada kerusi ”apabila membaca laporan itu”. Tentunya umum boleh faham mengapa beliau berkata demikian.

Umno sendiri yang menjadi tunjang BN mengalami masalah rasuah yang cukup serius. Orang Umno guna istilah “politik wang”. Rasuah lah tu. Istilah lain makna sama.

Itu sindrom penafian dalam Umno,Tapi tiap kali ada pemilihan parti mereka mengakui “politik wang’ bermaharajalela. Daripada dulu hingga lah sekarang. Semua pemimpin Umno bercakap mengenai gejala itu.

Yang hebatnya ada yang mengutuk dan membidas rusuah, mereka sendiri pun melakukan politik wang. Hulur wang untuk mendapat sokongan dan “membunuh” karier politik rakan separti.Tun Mahathir Mohamad sendiri mendakwa beliau sendiri menjadi mangsa plitik wang apabila gagal memenangi pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu. Mahathir mendakwa perwakilan dibayar RM200 seorang supaya jangan mengundinya.

Itu zaman beliau bukan lagi PM dan presiden Umno. Masa Mahathir jadi presiden Umno,beliau mendakwa telah “berusaha” membasmi rasuah dalam Umno tetapi gagal.

“ Saya telah marah, rayu, menanggis, berdoa , tetapi tak berjaya juga”. Kata kata Mahathir itu kerap kita baca dalam akhbar suruhan Umno/BN. Hakikatnya rasuah sudah menjadi amalan Umno.

Sekarang Umno sedang meminda perlembagaan parti dan menggubal peraturan baru kononnya untuk “berubah” kerana menurut pemimpin Umno sendiri “politik wang sudah menjadi budaya dalam Umno”.

Ini semua sudah tahu. Orang Malaysia tahu, orang Afrika pun tahu. Orang Malaysia tahu kerana melihat sendiri apa yang berlaku.Orang luar tahu kerana berita rasuah Umno telah tersebar seantero dunia.

Zaman dunia tanpa sempadan informasi diperolehi dengan mudah.Orang Afrika turut melayari Internet.Mereka tahu apa yang berlaku di Malaysia.Mereka tahu politik wang budaya Umno. Tentunya mereka tahu ramai dalam Umno menggalakkan amalan buruk itu walaupun memberi gambaran mereka benci rasuah. Jadi mengapa pemimpin Afrika mahu belajar daripada kerajaan Malaysia cara memerangi rasuah ? Seperti yang didakwa Muhyiddin ?

Sepatutunya mereka memberi tahu Muhyiddin “ parti sendiri pun tak boleh kawal nak ajar kami pulak?”. Tapi mereka tidak berkata demikian.Mungkin kerana untuk menjaga hati Muhyiddin.Maklumlah,kan Muhyiddin tetamu mereka ? Jadi mereka kata mahu belajar daripada kerajaan Malaysia .Bak kata Inggeris “good PR.” Orang berbudi kita berbahasa .Takkan Muhyiddin tak tahu itu semua ?
-tvantara.com-

Tiada ulasan: