Abdul Aziz Mustafa | |
BAGAN PINANG, 11 Okt: Sejarah akan mencatat para pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebagai perintis perubahan dalam gerakan rakyat memerangi rasuah jika mereka menolak Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Seluruh negara ternanti-nanti hendak melihat kertas-kertas undi para pengundi di Bagan Pinang berdemonstrasi atau menunjuk perasaan di dalam peti-peti undi menentang rasuah dan politik wang. "Jadikan pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai mahkamah rakyat menghukum amalan rasuah bagi memastikan masa hadapan negara yang lebih bermaruah," tegas Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Pakatan Rakyat (PR), katanya, menaruh harapan yang sangat besar untuk melihat gelombang ketiga kebangkitan rakyat, kali ini memerangi rasuah pula, bermula di Bagan Pinang. Gelombang pertama tercetus pada Perhimpunan Bersih 10 November 2007 lalu manakala gelombang kedua pula tercetus pada Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu. "Para pengundi Bagan Pinang hendaklah mengisytiharkan dengan tegas bahawa mereka tidak boleh bersabar lagi dengan amalan rasuah dan politik wang yang jelas direstui oleh Umno dan BN apabila mereka memilih (Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) sebagai calon mereka," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, jika kita disingkap kembali sejarah negara, rakyat dapat melihat sendiri begitu banyak skandal yang mempamerkan betapa buruknya jenayah rasuah. Beliau yakin, ramai yang masih ingat akan skandal BMF, skandal Maminco, kerugian Bank Negara Malaysia dalam permanian jual beli mata wang, kerugian Perwaja Steel, penyelewengan wang ehsan kepada rakyat Terengganu, pemberian saham bumiputera yang berjumlah lebih RM50 billion lebih kepada sanak saudara dan kroni-kroni serta berpuluh lagi kes lain yang kesemuanya didorong oleh sikap rakus dan budaya rasuah. Akibatnya, kata beliau, beratus-ratus bilion wang rakyat disonglap oleh amalan rasuah yang dibudayakan oleh BN khususnya Umno. Baru-baru ini, katanya, negara dikejutkan sekali lagi oleh skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang melibatkan jumlah RM12 billion. "Angka tersebut amat besar. Bayangkan berapa banyak universiti, politeknik dan sekolah-sekolah berasrama penuh yang dapat dibina dengan wang sebanyak itu? "Berapa ribu pelajar yang boleh mendapat pembiayaan dan biasiswa dengan wang sebanyak itu? Berapa ribu graduan yang dapat dimanfaatkan dengan wang sejumlah itu? Berapa puluh ribu generasi yang muda negara ini dapat mengecapi nikmat kemerdekaan dengan wang sejumlah itu?" kata Salahuddin. Dengan gambaran ringkas sedemikian pun, katanya, amat jelas rasuah dan perasuah adalah musuh nombor satu negara. Lantaran itulah, beliau yakin, rakyat Bagan Pinang sendiri dapat merasakan bahawa memilih perasuah dan parti yang membudayakan rasuah adalah tindakan mengkhianati negara dan menolak mereka sebagai pemimpin adalah tindakan yang sangat patriotik. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Jadikan Bagan Pinang perintis perubahan / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan