"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BBCBN beri Anwar kata dua, minta maaf atau diambil tindakan

G. Manimaran dan Adip Zalkapli

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) mahu merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen hari ini jika tidak menarik balik dan meminta maaf berhubung pendedahan beliau bahawa konsep 1 Malaysia diciplak dari slogan 1 Israel.

“Usul ini akan dibawa oleh kami, BBCBN... bagaimanapun kami hendak memberi Anwar peluang supaya tarik balik kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat (Rabu lalu).

“Jika beliau tidak berbuat demikian, kami akan meminta supaya Dewan merujuk Anwar ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin ketika dihubungi.

Usul itu dijangka dibawa selepas sesi soal jawab soalan lisan selesai, kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Kata beliau, usul itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud dari BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Khamis lalu lalu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat menyifatkan saranan agar Parlimen menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berikutan pendedahan beliau slogan 1Malaysia dan 1Israel sebagai jenaka basi.

Kata beliau,”APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini.”

Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi menyifatkan persamaan 1 Malaysia dan 1 Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.

Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar APCO terletak di bahu pimpinan Umno.

Semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki imej kerajaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1 Malaysia.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan agar disiasat oleh Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau berbohong menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam rancangan 16 September.

Beliau berkata hanya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menentukan kebenaran sebenar di mana Anwar harus menjawab semua pertuduhan sama ada beliau bercakap benar atau sebaliknya.

“Dewan Rakyat mesti bertindak menjalankan siasatan di bawah jawatankuasa istimewa dan jawatankuasa khas supaya fakta sebenarnya dapat diketahui,” katanya dipetik Bernama.

“Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya mereka tidak tunduk kepada kehendak berbohong atau pun memutarbelitkan fakta,” katanya.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: