"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar negara itu yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

demo anti swedish mediaSejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden”, “Jahanam Sweden”.

Setibanya di kedutaan tersebut di Plaza OSK, Jalan Ampang, kira-kira jam 2.15 petang, kelihatan Nasrudin membakar bendera negara itu, sebelum mengadakan sidang akhbarnya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: