"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saman YBK: Kerajaan Negeri Bawa Ke Meja Perbincangan

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan Negeri Selangor akan berbincang dengan peguam mereka berhubung tindakan oleh Permodalan YBK Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

PYBK mengambil tindakan saman selepas kerajaan negeri enggan membenarkan yaysan itu membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara di tanah yang disumbangkan kerajaan negeri di Serendah.

Pihak YBK mendakwa pihak mereka telah mengeluarkan perbelanjaan mencecah RM73 juta ringgit untuk kerja-kerja teknikal dan perancangan pelan.

Yayasan terbabit didapati gagal menunaikan tunggakan tanah RM5.7 juta yang tertunggak hampir lapan tahun lamanya.

YBK Sdn Bhd turut menyaman Majlis Exco Kerajaan Negeri dan pentadbir tanah Hulu Selangor. Saman itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam.

Nik Nazmi berkata Kerajaan Negeri akan mengumumkan langkah susulan selepas perbincangan dibuat.
-tvselangor-

Tiada ulasan: