"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat Dua Beranak Ditemui Dalam Gaung Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dan anaknya yang berusia setahun ditemui dalam gaung di KM 417 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Lembah Beringin, beberapa meter daripada sebuah kereta Myvi yang remuk.

Mayat Ezekiel Shammah a/l John Robert ditemui dalam keadaan 20 peratus rangka kira-kira tiga meter daripada kereta itu manakala mayat ibunya, Margaret a/p Manian@Jacob, 34, ditemui kira-kira 50 meter di atas bukit dipercayai cuba mendaki untuk mendapatkan bantuan.

Mayat dua beranak itu ditemui oleh anggota peronda Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada pukul 3.30 petang ketika membuat rondaan di kawasan itu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya.

Beliau berkata seorang lelaki, T. Silvakumar, 23, yang memandu kereta itu dan dipercayai teman lelaki Margaret ditemui selamat dan kini dirawat di Hospital Ipoh.

Lelaki itu dikatakan tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku.

"Kereta Myvi yang dinaiki mereka berkemungkinan terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter. Mereka dipercayai terlibat dalam kemalangan kira-kira lima hari lepas.

"Dahan pokok di kawasan sekitar tempat kejadian mempunyai kesan patah dan kereta mangsa dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan lalu terbabas. Silvakumar dipercayai tercampak di tepi lebuh raya itu," katanya.

Norel berkata mayat Margaret dan anak lelakinya itu dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-BERNAMA-

Tiada ulasan: