Menurut ceritanya, betapa Us Nasruddin Tantawi telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran.Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel.
Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin."
Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu...kuah..3
-utaraonline-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan