"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Permodalan YBK saman k'jaan S'gor

Permodalan YBK Sdn Bhd - anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) - memfailkan saman RM73,837,089.50 terhadap kerajaan Selangor dan dua lagi pihak kerana enggan membenarkan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah miliknya di Serendah, mengakibatkan yayasan itu mengalami kerugian kewangan.

Dua lagi defenden dalam saman tersebut - yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam - ialah majlis exco kerajaan negeri dan pentadbir tanah Hulu Selangor, lapor the Star.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berharap plantif akan mendapat keadilan melalui saman tersebut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: