"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP cabar bekas MP PKR tak hadir Parlimen

Pengerusi DAP, Karpal Singh, mencabar empat Ahli Parlimen yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

dap agm ipoh 170109 karpal singh"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Katanya, perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan mereka akan gugur secara automatik.

Empat Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Karpal Singh berkata, oleh kerana DAP adalah anggota dalam pakatan pembangkang, beliau menyifatkan mereka sebagai satu keluarga dan berhak mencampuri urusan PKR.

karpal anwar dna 190708"Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana "pengkhianat" dalam PKR sudah tiada.

"Saya yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun saya lihat ia satu proses pembersihan parti," katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: