"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PERKASA buat laporan polis ke atas Malaysiakini, Star

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan akhbar The Starberhubung isu pembinaan Istana Negara di Jalan Duta.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara kira-kira jam 3.30 petang oleh ketua sayap Pemudanya, Arman Azha Abu Hanifah.

Kira-kira 15 pemimpin saya pemuda PERKASA turut hadir bersama Arman Azha sewaktu beliau membuat aduan polis itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar
The Star pada 27 Jun lalu, dan (dalam) Malaysiakini adalah laporan salah terhadap pembinaan Istana Negara yang dilihat satu penghinaan kepada institusi raja.

"Laporan polis ini dibuat kerana berasa bertanggungjawab dan merasakan harus mempertahankan perlembagaan persekutuan," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini.

Pada 27 Jun lalu,
The Star menyiarkan di muka depannya laporan berhubung sekumpulan pekerja asing di projek pembinaan Istana Negara itu, didakwa tidak dibayar gaji selama tiga bulan.

Manakala Jumaat lalu,
Malaysiakini pula melaporkan kumpulan 10 orang, yang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua,dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan'.

Mengulas lanjut, Arman berkata laporan polis juga turut dibuat terhadap penasihat ekonomi DAP Dr Chen Man Hin yang didakwa mempersoalkan kouta 30 peratus kepada kaum bumiputera.

Katanya, kenyataan Dr Chen itu telah dimuatkan dalam blog tokoh DAP Lim Kit Siang, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Sabtu lalu.

Arman juga turut membuat laporan polis terhadap ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berhubung kenyataannya yang mempersoalkan isu biasiswa MARA baru-baru ini.

"Kedua-duanya (kouta dan biasiswa) termasuk dalam (peruntukan) perlembagaan negara.

"Kita tidak mahu asas 53 tahun Perlembagaan Persekutuan, yang mana kita hidup aman damai (sekarang ini), dicemari kerana permainan politik pihak yang tidak bertanggungjawab.

"(Oleh sebab itu) kita buat laporan polis supaya mereka menyiasat," katanya.

Tiada ulasan: