"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dikawal polis saksi anak dikebumikan

KUALA TERENGGANU: Bapa kepada murid tadika yang terbunuh apabila rumah yang disyaki menjadi stor simpanan mercun dan bunga api meletup di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, di sini, turut menghadiri pengebumian anaknya itu dengan kawalan ketat polis selepas dia ditahan ketika meninjau lokasi kejadian pada jam 12.55 tengah hari semalam.

RAMAI...sanak-saudara dan orang ramai menghadiri  pengebumian budak mangsa letupan mercun di Kampung Seberang Baruh, semalam.
RAMAI...sanak-saudara dan orang ramai menghadiri pengebumian budak mangsa letupan mercun di Kampung Seberang Baruh, semalam.

TAHAN...anggota polis menahan bapa kepada mangsa letupan selepas pengebumian anaknya.
TAHAN...anggota polis menahan bapa kepada mangsa letupan selepas pengebumian anaknya.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Malam Lama, dekat sini, kira-kira jam 5 petang semalam dengan kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi jenazah untuk dikebumikan.

Ibu mangsa yang turut kelihatan di lokasi kejadian, rebah beberapa kali dan dipimpin ahli keluarga. Bapa mangsa berusia 28 tahun sentiasa dikelilingi beberapa anggota polis turut menyiram air di pusara anak tunggalnya.

Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan sejumlah besar bahan letupan di lokasi dan polis mendapatkan keterangan dua lagi saksi, mangsa yang cedera parah dalam kejadian berkenaan yang turut memusnahkan rumah terbabit.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, lelaki berkenaan ditahan di lokasi kejadian dan ia hasil kerjasama pemimpin masyarakat dan penduduk di Chabang Tiga yang menasihatkan lelaki berkenaan menyerah diri.

“Lebih sesuai jika kami katakan lelaki berkenaan menyerah diri kerana dia pergi ke lokasi kejadian walaupun tahu kami memerlukan keterangannya membantu siasatan. Kami mendapatkan perintah reman membolehkan siasatan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan seorang mangsa kejadian, Mohd Asrizan Muda, 22, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam. Seorang lagi mangsa, Mazlan Abdullah, 29, masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Tiada ulasan: