"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syabas atau Kerajaan Selangor?

pakmomon
Program Syabas bantu golongan daif
24/08/2010 10:41pm
KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini melancarkan program bagi membantu golongan kurang kemampuan seperti fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang upaya untuk membayar bil air dan bil air tertunggak.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mendapati ramai pengguna air daripada golongan daif di Selangor amat memerlukan bantuan.

Katanya, melalui program “Air Percuma Untuk Golongan Yang Memerlukan” itu, kakitangan Syabas dan Puncak Niaga akan menyumbangkan nilai bagi 20 meter air percuma setiap bulan iaitu RM136.80 seorang untuk tempoh setahun.

Saya menjadi musykil pula sekarang dengan tersiarnya berita ini. Bukankah yang memberi air percuma ini Kerajaan Selangor sekarang (pimpinan PR) tetapi bagaimana pula dengan kenyataan dari Syabas ini???

DIharap pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dapat memberi penjelasan kepada rakyat marhaen Selangor.

Tiada ulasan: