"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia sepatutnya 10 negara 'terbaik' dunia

Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 26 Ogos:
Malaysia sepatutnya berada di kalangan 10 negara 'terbaik' dunia kerana mempunyai kelebihan dalam pembangunan serta kekayaan yang tiada pada negara maju lain.

Justeru, tidak sewajarnya negara tersenarai di tangga ke-37 sepertimana yang disiarkan majalah Newsweek, kata Naib Presiden PAS, Datuk' Mahfuz Omar.

Beliau berkata, ekoran terlampau banyak korupsi di semua aspek seperti pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik menyebabkan ia berada di tangga berkenaan.

"Hairan sungguh di mana agaknya Newsweek mendapatkan fakta itu sehingga menyenaraikan negara di tempat tersebut. Jika dikaji betul-betul, tangga 37 pun belum tentu akibat terlalu banyak rasuah," terangnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah, persekitaran politik yang pincang adalah petanda kemerosotan ekonomi yang sukar diubati melainkan dibuat pertukaran kerajaan dengan mengetengahkan agenda ekonomi baru yang lebih menjurus kepada kebajikan.

Katanya, persekitaran politik yang tidak sihat membunuh sistem demokrasi yang ada di negara ini manakala kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu perkauman dan agama.

Begitu juga menegaskan, kelesaan hidup yang dikatakan baik sebenarnya hanya di kulit sahaja sedangkan isinya busuk apabila semua barangan keperluan rakyat melambung tinggi seperti minyak, bahan binaan, bekalan harian dan seumpamanya.

"Persekitaran politik dan keselesaan hidup sudah jelas meresahkan rakyat di negara ini kerana semuanya bergantung pada dasar kerajaan yang tidak bijak merasai tanggungjawab sosial," katanya.

Segi kesihatan pula, rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk rawatan di hospital milik kerajaan apatah lagi hospital swasta.

Sewajarnya ia diberikan secara percuma terutamanya rakyat berpendapatan rendah kerana kesihatan merupakan keperluan awam.

Perkembangan ekonomi pula tambah Mahfuz, tidak serancak dulu di mana pelabur datang menanam modal yang secara langsung memberi kesan kepada pembangunan tetapi kini banyak pelabur angkat kaki mencari tapak baru

Ini, katanya kerana mereka khuatir iklim politik di Malaysia yang tidak stabil penuh dengan ketirisan, rasuah, penyelewengan, penipuan dan sebagainya.

Tiada ulasan: